Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Bayi 11 Bulan Mangsa...

SUNGAI PETANI - Bayi berusia 11 bulan, Muhammad Rusyidi Rizky Amdin, yang sebelum...

Rohingya: M’sia Desak Badan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendesak badan antarabangsa...

Angkara Gelung Besi Tercicir...

Akibat muatan treler tercicir ke atas jalan raya, seorang anggota Ibu Pejabat Polis...

Peroleh Kontrak RM100 Juta...

PETALING JAYA – Samaiden Group Berhad (Samaiden) mengumumkan Samaiden Sdn Bhd (SSB), anak...

Zahid Tiba Untuk Lawatan Tingkatkan Hubungan Dua Hala Dengan UK

LONDON – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini Ahad, sempena lawatan kerja empat hari bagi meningkatkan hubungan dua hala dengan United Kingdom (UK), terutama dalam soal keselamatan.

Beliau diiringi isteri Datin Seri Hamidah Khamis.

Ketibaan Ahmad Zahid dan delegasi di Lapangan Terbang Heathrow, London disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK Datuk Ahmad Rasidi Hazizi dan pegawai kanan kerajaan Malaysia.

Lawatan itu, yang pertama oleh Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri, adalah signifikan ke arah meningkatkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara mengenai isu-isu kepentingan bersama.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, antara lain akan menemui Setiausaha Dalam Negeri UK, Theresa May, dan kedua-dua mereka dijangka membincangkan isu-isu mengenai imigresen, jenayah rentas sempadan, memerangi keganasan, hak asasi manusia dan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) daripada perspektif Islam.


Timbalan Perdana Menteri juga dijadual menghadiri majlis makan malam bersama Diaspora Malaysia di Manchester.

Hampir 200 rakyat Malaysia termasuk pelajar dijangka menghadiri majlis berkenaan.

Pada hari terakhir lawatan Rabu, Ahmad Zahid dijadual menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Ekonomi China Dunia (WCES) Ketujuh di London. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori