Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Harga Produk Ikea Meningkat...

AMSTERDAM – Syarikat gedung perabot terkemuka, Ikea, menaikkan harga jualan produknya sebanyak sembilan...

DJ Ternama Disahkan Maut...

NEW YORK - DJ terkenal dunia, Avicii dilaporkan membunuh diri dengan menggunakan sekeping...

Mayat Muhammad Ikhwan Yang...

HULU SELANGOR - Mayat Muhammad Ikhwan Mohd Ridwan, 10, yang dihanyutkan air deras...

Cawangan Khas Lakukan Kerja...

SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa,...

‘Zizan Satu-Satunya Pelakon Abang Long Fadil Terdahulu Yang Kekal’

BELUM memulakan penggambaran, filem Abang Long Fadil 2 sudah pun hangat diperkatakan dek kerana kontroversi yang timbul melibatkan pelakon utamanya.

Siapa lagi kalau bukan dua hero iaitu  Zizan Razak dan Kamal Adli yang telah menjayakan filem tersebut sebelum ini.

Bagaimanapun, semua maklum bahawa nama Kamal tidak tersenarai untuk berlakon dalam sekuel kedua ini dan hanya Zizan dikekalkan.

Ini berikutan, penerbit filem tersebut, Datuk Yusof Haslam sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa keputusannya itu dibuat kerana pihaknya tidak mahu sebarang konflik timbul kelak di set penggambaran susulan perasaan kurang senang yang wujud antara Zizan dan Kamal.

Dalam pada itu, pengarah filem tersebut, Syafiq Yusof memberitahu, dakwaan yang tersebar tentang isu pengguguran Kamal hanyalah salah faham semata-mata.

“Tiada isu pengguguran nama Kamal seperti yang diperkatakan. Apa yang telah tersebar hanyalah salah faham.

“Bukan Kamal sahaja yang tidak tersenarai dalam filem kali ini, malah semua pelakon lain dari filem terdahulu kecuali Zizan.


“Hanya watak Fadil (Zizan) sahaja yang dikekalkan bersama pelakon-pelakon baru yang membawakan watak baru,” kata Syafiq seperti yang dipetik di portal Mangga Online.

image31-800x550

Syafiq mengulas isu pemilihan pelakon itu dalam majlis pelancaran sekuel filem Abang Long Fadil 2 di Restoran Haslam, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Difahamkan, selain Zizan, filem ini turut menampilkan pelakon-pelakon lain seperti Datuk AC Mizal, Tania Hudson, Achey, Shuib Sepahtu, A Galak, Wak Doyok dan Syamsul Yusof. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=IVmb_YaBz5c]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori