Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Ibu Thaqif Turut Dipanggil...

KOTA TINGGI - Ibu pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gaddafi yang meninggal...

Tukang Jahit Didakwa 3...

SLIM RIVER - Seorang tukang jahit warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di...

Banjir Sarawak: Gadis Derita...

BINTULU - Dia bukan saja terpaksa menahan lapar selama tiga hari, malah turut...

4 Sekolah Terima Sijil...

PUTRAJAYA - Empat sekolah Malaysia menerima sijil pengiktiran International Baccalaureate (IB) World School...

Ramai Terkejut Abang Kacak Ini Jual Donut Hanya 10 Sen Di Cheras

SIAPA sangka, dalam situasi peningkatan kos sara hidup zaman kini, masih ada lagi peniaga yang berhati mulia menjual makanan dengan harga yang amat murah.

Ini kerana peniaga ini hanya menjual donut dengan harga RM0.10 sen. Murah bukan?

Apa yang lebih mengejutkan, donut ini dijual di tengah-tengah kota metropolitan, Kuala Lumpur iaitu di Flat Maluri, Cheras.

Dek harga yang murah itu, wajah peniaga ini menjadi viral di laman sosial sebaik sahaja dikongsi laman Facebook popular, Sukan Star Tv.

Rata-rata netizen dilihat memuji sikap peniaga kacak ini yang disifatkan sebagai insan yang pemurah.


Difahamkan, selain berniaga donut, lelaki yang bernama Muhammad Waliuddin Chia Chen ini pernah berkhidmat di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.

Beberapa netizen yang mengenali peniaga ini menyifatkan dia sebagai lelaki yang baik akhlaknya, murah dengan senyuman dan selalu sembahyang berjemaah.

Kita doakan moga-moga ‘abang donut’ ini dimurahkan rezeki. Ameen… – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=a4JTsd9nbWc]

  • Lagi berita berkaitan:
  • donut

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori