Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Yuna Nafikan Khabar Angin...

MINGGU lalu heboh diperkatakan penyanyi wanita yang menempa nama di Amerika Syarikat, Yuna...

Huawei Jenama Ke-47 Paling...

KUALA LUMPUR - Syarikat telekomunikasi China, Huawei mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama global bernilai...

Ibu Tunggal Didakwa Tuduhan...

KUANTAN – Seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini...

Al-Fatihah: ADUN Apas Meninggal...

TAWAU - Menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Mara Digital Dirasmi Wadah Peniaga IT Bumiputera

KUALA LUMPUR ― Pengguna pelbagai kaum diharap dapat mencontohi pembeli Melayu yang disifatkan ‘buta warna’ dalam memilih perkhidmatan ditawarkan peniaga bukan Melayu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, sikap tersebut penting untuk diterapkan terutamanya dalam memberi sokongan kepada peniaga Bumiputera yang baharu memulakan perniagaan di Menara Mara.

“Saya harap dengan pembukaan pusat IT iaitu Mara Digital ini, ia bukan saja dapat sokongan orang Melayu dan Bumiputera, tetapi semua pengguna tak kira bangsa sekali pun Cina, India kepada pusat IT yang kita buka ini.

“Pusat IT ini meskipun peniaganya 100 peratus kaum Melayu dan Bumiputera, tetapi penggunanya saya harap ia meliputi semua kaum,” kata Ismail Sabri ketika merasmikan Mara Digital di Menara Mara di sini pada Selasa.

Beliau turut membayangkan Mara Digital akan diwujudkan di seluruh negara sama seperti konsep Arked Mara dengan pengkhususan kepada perniagaan IT yang menawarkan harga murah dan jaminan ketulenan produk.

Penubuhan pusat itu susulan insiden rusuhan sekumpulan pelanggan Melayu di Plaza Low Yat, Bukit Bintang apabila mendakwa ditipu peniaga bukan bumiputera di kompleks beli-belah terkenal berkenaan baru-baru ini.


Ekoran peristiwa ‘panas’ itu, Ismail Sabri menyarankan Mara yang terletak di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mewujudkan pusat IT seumpama Plaza Low Yat bagi beri ruang usahawan bumiputera berniaga.

Beliau namun menafikan kewujudan pusat sedemikian sebagai berbaur perkauman memandangkan ia dibuat bagi menyediakan peluang kepada usahawan Melayu ekoran kesukaran mendapatkan ruang niaga di lokasi strategik.

Pada asalnya, Ismail Sabri mencadangkan nama Low Yat 2 tetapi kemudian membuka satu pertandingan bagi menamakan pusat IT tersebut supaya tidak dianggap cuba meniru Plaza Low Yat yang dikuasai kaum tertentu.

Buat permulaan sebanyak 38 ruang dibuka pada satu lantai dan jika sambutan mengalakkan, pihak Mara dijangka menambah satu lagi lantai baharu untuk menampung permintaan peniaga IT dalam kalangan kaum tersebut.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori