Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Juara Eropah Bantu...

KUALA LUMPUR - Peninju Belarus, Yury Zhukovsky bakal menjadi taruhan kontinjen Muay Thai...

Lawak.. Peragut Wan Maimunah...

TERKEKEH-KEKEH ketawa kami melihat troll lawak yang diadaptasikan dari sebuah iklan tempatan berjudul 'Waspada...

Amaran Angin Kencang, Laut...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer...

Mila Jirin Keguguran, Doa...

TAKZIAH diucapkan kepada Mira Jirin atas kehilangan cahaya mata sulung apabila disahkan keguguran...

Ancaman Bom, Lebih 1,000 Sekolah Di Los Angeles Tutup

LOS ANGELES: Lebih 1000 sekolah di Los Angeles dilaporkan ditutup akibat ancaman bom dan serangan bersenjata. Akibatnya ratusan ribu pelajar tidak dapat menghadiri sesi persekolahan semalam.

Tindakan itu bagaimana pun disifatkan banyak pihak sebagai keterlaluan dan mendapat kecaman.

Ini kerana pihak berkuasa kemudiannya memaklumkan bahawa siasatan mendapati ancaman yang ditakuti itu hanyalah amaran palsu yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab.

Baca: Masjid Dekat San Bernardino Pula Dibakar

Juga: Baling Kepala Babi Depan Pusat Islam; Muslim Dibenci Di AS 

Ancaman tersebut dilaporkan dihantar melalui emel dari Jerman dua minggu selepas pasangan Syed Rizwan Farook, 28, dan isterinya, Tashfeen Malik, 27, melancarkan siri tembakan rambang di San Bernardino, California yang mengorbankan 14 nyawa dan mencederakan 21 yang lain.


Datuk Bandar Los Angeles Eric Garcetti turut mengesahkan siasatan pihak Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat mendapati ancaman tersebut palsu. Ekoran itu semua pelajar boleh memulakan sesi persekolahan mereka seperti sedia kala, Rabu.

Siasatan lanjut bagaimanapun akan diteruskan pihak FBI mengenai emel palsu yang diterima. – Agensi/MYNEWSHUBCC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=0Eg2FmMmrpo]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori