NASIB malang yang menimpa kanak-kanak berusia 8 tahun, David Spisak sangat menyedihkan apabila didapati menghidap kanser sewaktu berumur baru dua tahun.
Kanser itu menyerang sebanyak tiga kali dan David telah pun menjalani dua pembedahan pemindahan organ.
Ibu bapanya mengambil keputusan untuk memberhentikan rawatan selepas mengetahui bahawa kanser David kembali lagi pada bulan Mac tahun ini. Ini kerana mereka mahu David menjalani kehidupan yang normal dan bahagia.
Pada September tahun ini, David mendaftar di gred dua di sekolah dan menghadiri kelas sebanyak yang boleh sehinggalah keadaannya tidak mengizinkan.
Ketika ke kelas inilah, dia bertemu dengan ‘cinta dalam hidupnya.’ Bak kata David, “Dalam kelas seni, saya memberitahu saya sukakan dia dan dia terkejut lalu kami mula berdating.”
Ketika David tidak dapat hadir ke sekolah, teman wanitanya, Ayla, 7, memberitahu dia sangat merindui David dengan menulisnya di atas kad.
Amber Spisak, ibu David dilaporkan berkata, “Dia pasti mempunyai kesan ke atas roh David kerana saya tidak pernah melihat perangai dia yang begini dalam masa yang lama.
“Sudah tentu, pada kanak-kanak 8 tahun anda tidak berfikir bahawa mereka akan mempunyai perasaan ‘cinta pertama’ atau ‘ciuman pertama’ atau ‘temu janji pertama’ dan begitulah fikir saya.. tetapi ia telah pun berlaku”. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=VDwx8qRE0Pc]