SIAPA sangka, meskipun negaranya sedang bergolak, Iraq dikhabarkan akan melaksanakan satu projek mega bagi membina bangunan setinggi 1,152 meter atau 241 tingkat yang diberikan gelaran “The Bride”.
Nama bangunan pencakar langit yang bermaksud ‘pengantin wanita’ ini akan dibina di Basra, yang dijangkakan siap sepenuhnya pada 2019.
Sekali gus menjadikan The Bride sebagai bangunan tertinggi di dunia mengalahkan Jeddah Tower, Arab Saudi dan Burj Khalifa, Emiriah Arab Bersatu.
Bangunan ini dilengkapi pembangunan dari segi hotel, pejabat, residence, kompleks beli-belah, taman bunga, dan juga rangkaian kereta api.
Salah satu ciri menarik bangunan ini adalah “The Veil” (tudung pengantin) iaitu ruang kanopi kaca yang akan menaung di setiap menara, sama seperti ciri-ciri seorang pengantin perempuan memakai tudung perkahwinan.
Basra merupakan kawasan mewah yang terletak di sebelah selatan Iraq dan menjadi pusat perniagaan yang berkembang pesat.
Malah mereka mengambarkan bangunan itu sebagai Bandar Menegak Yang Pertama Di Dunia.
Struktur bangunan ini akan dibina dengan mengabungkan empat menara bagi menjadikan struktur The Bride lebih stabil.
Menara pertama adalah struktur binaan paling tinggi di antara keempat-empat menara yang letaknya di sebelah selatan. – MYNEWSHUB.CC