KEADAAN Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang pada Selasa, huru hara ekoran beratus-ratus penumpang terkandas dek kerana ramai juruterbang AirAsia dilaporkan cuti sakit.
Hal ini menyebabkan ratusan penerbangan ditangguhkan, manakala 10 penerbangan dibatalkan.
Difahamkan, kebanyakan penerbangan yang terjejas adalah bagi perjalanan tempatan dan bagi penerbangan antarabangsa, yang dibatalkan adalah perjalanan ke Lapangan Terbang Don Meuang di Bangkok.
Kekecohan yang berlaku di KLIA ini turut menjadi viral di media sosial.
Beberapa penumpang menyifatkan kejadian ini sebagai hari terburuk dan menukar moto AirAsia kepada “Now everyone can sleep at airport”.
Menurut laporan mStar Online, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes mengesahkan sekurang-kurangnya 12 juruterbang telah menghidap selesema.
Dalam pada itu, sumber kakitangan KLIA2 memaklumkan jadual penerbangan AirAsia kini telah kembali beroperasi seperti biasa. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=0be4Rl5KWwk]