BEBERAPA hari lalu, insiden yang melibatkan seorang lelaki mengamuk apabila perniagaan yang diusahakan bersama ayahnya diganggu oleh pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah menjadi viral di media sosial.
Lelaki terbabit dikatakan bersikap demikian akibat tidak mampu mengawal emosi apabila melihat tengkuk ayahnya dipaut oleh penguatkuasa sehingga menyebabkan ayahnya itu pengsan.
Kejadian bermula apabila sekumpulan penguatkuasa MPSP mahu merampas peralatan berniaga milik ayahnya serta pisang yang hendak dijual.
“Saya memang tak boleh kawal emosi lagi bila tengok penguatkuasa itu paut tengkok ayah saya. Ayah saya pula ada penyakit lelah (susah nafas),†tulisnya dalam status yang dimuat naik di Facebook, semalam.
Anak penjual pisang mengamuk pada MPSP oleh mynewshub
Katanya lagi, dia dan keluarganya berasa sangat sedih dengan kejadian yang berlaku dan menyifatkan tindakan anggota penguatkuasa MPSP itu sebagai zalim dan jahil.
Menurutnya, tauke hotel yang juga pemilik tapak tempat ayahnya berniaga dikatakan telah membenarkan mereka menjalankan perniagaan pisang di situ.
Katanya, ayahnya menjual pisang untuk mencari duit kocek bagi menampung perbelanjaannya menunaikan umrah.
“Memang saya sekeluarga sedih sangat la, emak ngan ayah saya berhajat nak pi buat umrah… 5.12 tarikh mak ngn ayah berangkat pi umrah… harap-harap dapat la kumpul duit sikit untuk belanja kat sana,” tulisnya.
Dia turut mempertikaikan mengapa anggota penguatkuasa MPSP terbabit tidak mengenakan tindakan sama terhadap beberapa peniaga lain yang turut menjalankan perniagaan kecil-kecilan di kawasan meletak kenderaan.
Tambahnya lagi, ayahnya ada mendaftar sebagai penjaja dengan pihak berkuasa tempatan namun, sehingga hari ini tidak mendapat sebarang jawapan.
– MYNEWSHUB.CC