Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Skuad Hoki Muda Negara...

JOHOR BAHRU - Skuad Projek 2016 negara terus menanggung derita apabila tewas kepada...

Bayi Lelaki 4 Bulan...

MELAKA – Kematian bayi lelaki empat bulan, Yusof Al-Baihakki Zainal Abidin di sini...

Pelantikan Rafizi Selaras Sumbangan...

ALOR SETAR - Pelantikan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden PKR adalah wajar dan...

Polis Buru Lelaki Terlibat...

SEREMBAN - Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes...

Sarawak Berpotensi Jadi Negeri Perindustrian – Ahmad Maslan

KUCHING – Sarawak berpotensi menjadi sebuah negeri perindustrian berdasarkan prestasi pertumbuhan sektor itu sejak lima tahun lepas, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata Sarawak menerima pelaburan kedua tertinggi selepas Johor, diikuti Melaka.

Menurutnya pada 2011, Sarawak menerima pelaburan berjumlah RM8.453 bilion, turun kepada RM4.728 bilion pada 2012 sebelum melonjak kepada RM8.276 bilion pada tahun berikutnya dan meningkat kepada RM9.64 bilion pada 2014.

“Untuk tempoh Januari hingga September tahun ini, jumlah pelaburan yang diterima oleh negeri Sarawak sudah mencecah RM11.759 bilion, iaitu RM11.151 bilion pelaburan dalam negeri.

“Manakala pelaburan asing bernilai RM608.5 juta,” kata pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat dengan pengarah-pengarah agensi di bawah kementeriannya, di sini hari ini.

Ahmad berkata statistik itu menunjukkan Sarawak kini menjadi pilihan pelabur disebabkan iklim pelaburan yang sihat dengan tarif elektrik lebih kompetitif serta harga tanah lebih rendah selain insentif yang ditawarkan oleh kerajaan negeri dan pusat.


Katanya antara kawasan tumpuan pelabur ialah Taman Perindustrian Samalaju dan Kemena di Bintulu, Tanjung Manis di Sarikei serta estet perindustrian di Sibu dan Demak Laut di Kuching.

Menurutnya Sarawak juga mencatatkan peningkatan prestasi perdagangan iaitu RM100.42 bilion pada 2011, meningkat kepada RM103.63 bilion pada 2012, RM108.40 bilion (2013) dan RM116.67 bilion pada 2014.

Bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, Sarawak mencatatkan perdagangan bernilai RM66.82 bilion, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori