Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Batu Nisan Lama Zaman...

ANEH... Penduduk Kampung Bukit Duyong di sini hari ini gempar dengan penemuan empat...

Jual 50Kg Bakso Daging...

SUKABUMI - Pihak polis Kota Sukabumi di Jawa Barat berjaya membongkarkan satu sindiket yang...

Radzi Yakin Pengundi Putrajaya...

PUTRAJAYA : Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin...

Ronaldo Ceriakan Penyokong Juve

TURIN - Cristiano Ronaldo menandakan kemunculan sulungnya untuk Juventus dengan meledak gol ketika...

Suasana Terkawal Di Istana Besar Johor Sejak 5 Pagi

JOHOR BAHRU – Suasana berdekatan pintu gerbang Istana Besar di Jalan Ayer Molek di sini, masih terkawal dengan anggota Askar Timbalan Setia Negeri (JMF), sejak 5 pagi Ahad.

Kumpulan media yang berkumpul sejak 7 pagi, bagaimanapun dilarang untuk membuat sebarang liputan dan hanya dibenarkan di luar kawasan istana terbabit.

Hanya kenderaan rasmi golongan kenamaan (VIP) saja dibenarkan memasuki kawasan berkenan dengan kebenaran anggota pengawal JMF bertugas.

Sementara itu jenazah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, 25, yang mangkat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), 7.11 petang Sabtu akan dikafan serta disolatkan di Istana Besar pada Ahad.

Orang awam serta rakyat jelata dibenarkan memasuki istana selama dua jam untuk memberikan penghormatan terakhir bermula 9 pagi Ahad.


Orang awam lelaki yang ingin menziarahi diminta untuk memakai baju Melayu teluk belanga berwarna putih, bersamping hitam tidak bercorak, songkok hitam yang berlilit kain putih.

Manakala lelaki bukan Islam dikehendaki memakai sut hitam, bersongkok dan berlilit putih di lengan, manakala bagi wanita Islam memakai baju kurung telum belanga putih. – Harian Metro

[wpdevart_youtube]7i3hJvz8qyo[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori