Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PRK Sg Besar: 17...

SUNGAI BESAR - Tujuh belas laporan polis diterima sepanjang kempen pilihan raya kecil...

Empat Bom Ragut 12...

KABUL – Sekurang-kurang­nya 12 orang terbunuh apabila empat butir bom meletup di dalam...

Bekas Penjaga Gol Negara...

KOTA BHARU - Bekas penjaga gol kebangsaan, Awang Esa, meninggal dunia pada usia...

Al-Fatihah: Raihan Suleiman Meninggal...

PETALING JAYA - Raihan Suleiman Palestin, yang bertanding bagi jawatan Ketua Wanita Umno...

Warga Emas Hilang Di Baling Ditemui Selamat

BALING – Seorang wanita warga emas berusia 91 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat, ditemui selamat kira-kira 300 meter dari kawasan rumahnya di Kampung Caruk Bakong, Dalam Wang, dekat sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Mohd Suffian Alias berkata, mangsa Wa Yah Wa Nik ditemui pasukan penyelamat dan orang awam yang menjalankan operasi, dalam keadaan kesejukan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi di sebuah kawasan paya.

“Mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dan kesejukan yang melampau serta tidak bermaya di dalam parit berair paras betis di kawasan paya,” katanya semasa dihubungi Bernama.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa selama tiga hari dibantu oleh lima anggota Polis Diraja Malaysia, 10 anggota Jabatan Pertahanan Awam dan 30 orang kampung.


Jumaat lalu, mangsa dilaporkan hilang kira-kira pukul 12 tengah hari dan kali terakhir dilihat di persimpangan masuk Kg Charok Bakong, Dalam Wang.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Daerah Baling untuk rawatan lanjut. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]P-aRgx7Y8C0[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori