Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Peruntuk RM5 Bilion...

PUTRAJAYA - Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) akan diteruskan dengan peruntukan RM5 bilion...

Kanak-Kanak Lelaki Lemas Ketika...

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun ditemukan mati lemas selepas dikatakan...

Sharbinee Masih Direhatkan –...

KUALA TERENGGANU - Penjaga gol utama Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli tidak akan...

Bayaran Haji Tahun Ini...

PETALING JAYA - Lembaga Tabung Haji (TH) memutuskan untuk mengekalkan bayaran haji tahun...

Jeti Runtuh, Shafie Apdal Jatuh Dalam Laut

KOTA KINABALU – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal terjatuh ke laut selepas jeti kayu yang dilaluinya tiba-tiba runtuh semasa melakukan lawatan di perkampungan air di Sabah pada Jumaat lalu.

Ekoran runtuhan secara mengejut tersebut, beberapa ahli pengawal peribadinya turut terjatuh ke laut di Kampung Pulau Selakan; 45 minit perjalanan dengan menaki bot dari Semporna.

Walau bagaimanapun dilaporkan, tiada sebarang kecederaan yang dialami oleh Mohd. Shafie dan juga para pengawal peribadinya.

Difahamkan apabila keadaan itu berlaku, beliau segera diangkat dan dibawa oleh beberapa orang ke tempat yang lebih selamat.

Insiden lucu itu berlaku kira-kira pukul 11 pagi sewaktu Mohd. Shafie tiba di perkampungan air tersebut untuk merasmikan sebuah majlis rakyat.


Baca: Jeti Runtuh, Shafie Apdal Dikatakan Tak Buat Kerja

Beliau turut dijadualkan bakal menyerahkan kunci kepada enam pemilik kediaman bagi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sana.

Selepas kejadian malang tersebut, Mohd. Shafie dilaporkan segera menukar baju yang dibawanya sebelum kemudian merasmikan program berikutnya itu.

Laluan jeti usang sepanjang dua meter itu dikatakan roboh kerana tidak dapat menampung berat muatan yang agak berlebihan.

- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori