Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Suhakam Akan Terus Pejuang...

SAMBUTAN Hari Hak Asasi Manusia oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Petaling...

22,133 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 hari ini masih lagi melepasi angka 20,000 dengan 22,133...

Rumah Menteri Sarawak, Kilang...

SIBU - Rumah Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Wong...

Nik Abduh Ejek DAP...

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS yang baharu, Nik Mohamad Abduh Nik...

Jeti Runtuh, Shafie Apdal Dikatakan Tak Buat Kerja

EKORAN kejadia runtuhan jeti yang berlaku di Kampung Pulau Selakan, Semporna, Sabah baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai, dan rata-rata bertindak meluahkan perasaan di atas isu tersebut.

Mangsanya ialah Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang digugurkan daripada Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak selepas lantang mengkritik isu 1MDB, syarikat cetusan ilham oleh perdana menteri sendiri.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Semporna itu dikatakan terlampau sibuk asyik mengkritik isu berkenaan hal 1MDB sehingga didakwa melupakan kawasan yang menjadi tanggungjawabnya sendiri.

Ada yang mengatakan bahawa sejak kebelakangan ini, terlalu banyak pendatang asing tanpa izin yang berada di kawasan itu, menyebabkan jeti tersebut sering digunakan dan tidak diselenggara dengan baik.

Baca: Jeti Runtuh, Shafie Apdal Jatuh Dalam Laut

Walhal sebelum ini, ketika menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, kawasan terpencil tersebut sentiasa dipantau oleh petugas pejabat ahli parlimen berkenaan.


”Itu lah, sibuk je dengan isu-isu yang tak ada kena-mengena sampai abaikan kawasan sendiri. Aku tengok sekarang banyak sangat PATI kat sini.

“Mana tak runtuh kalau dorang yang ramai tu hari-hari guna jeti ni. Pastu entah bila last aku tengok tempat ni diselenggara”.

Walaupun hanya sebahagian daripada jeti itu runtuh dan tiada kecederaan serius dilaporkan, tetapi insiden ini amat merisaukan penduduk setempat yang berada di situ.

Ini kerana perkara yang lebih teruk boleh berlaku jika sikap sambil lewa seperti ini diteruskan.

- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori