SEBAGAI mualaf, Muhammad Waliuddin yang memeluk Islam pada 2011 berkata, idea menjual donat dengan harga semurah itu tercetus selepas melihat kesukaran orang ramai memilih kuih kegemaran akibat faktor harga.
“Hasil pemerhatian saya ketika membeli kuih, orang ramai sukar membuat pilihan apabila terpaksa mengambil kira harga setiap jenis kuih yang ingin dibeli.
“Justeru, saya mahu mereka menikmati kuih tanpa terlalu memikirkan harga”
Muhammad Waliuddin yang ditemui di rumahnya di Flat Taman Maluri, Cheras, di Kuala Lumpur hanya memperoleh untung RM40 untuk 1,000 biji donat yang terjual.
Walhal dia sebenarya boleh menjual dengan harga lebih daripada 10 sen untuk sebiji donat tersebut.
Anak muda yang memiliki diploma dalam bidang penerbangan itu sepatutnya menyambung pengajiannya ke peringkat lebih tinggi pada September 2013.
Bagaimanapun, dia gagal mendapat pinjaman pendidikan menyebabkan impiannya menyambung pengajian hanya tinggal angan-angan.
Selain donat 10 sen dihasilkan semakin laris, kesan ‘viral’ menyebabkan dirinya juga laris selepas ada wanita mempelawanya berkahwin atau menjadi teman wanita.
Malah ada ibu bapa yang mahu menjadikannya sebagai menantu mereka.
“Saya terkejut kerana menerima permintaan untuk berkawan di laman sosial sehingga mencapai had selepas kisah saya ‘viral’ di FB.
“Ada yang menyuarakan hasrat untuk menjadi pasangan saya. Bagaimanapun, saya belum berfikir ke arah itu kerana perlu fokus kepada perniagaan ini,” katanya yang ingin fokus terhadap perniagaannya.
- MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=cGY-jE0E5ZI]