Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pas Sempadan Format Buku...

PETALING JAYA - Pas sempadan untuk kegunaan rakyat Malaysia yang berulang alik ke...

Jin Wei Sasar Kejayaan...

KUALA LUMPUR - Juara remaja dunia 2015, Goh Jin Wei berharap tahun ini...

India Denda Pesawat Buang...

NEW DELHI - Sebuah mahkamah alam sekitar India memerintahkan syarikat penerbangan yang membuang...

NIMP 2030 Perlu Diterjemahkan...

KUALA LUMPUR : Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) berpandangan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP)...

“Ketuk Pintu 3 Pagi Kerana Khalwat Bertentangan Dengan Islam”

KUALA LUMPUR – Selepas mencadangkan pemansuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kumpulan bekas penjawat awam, G25 mahu penubuhan sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah.

Antara yang dicadang untuk dimansuhkan ialah hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.

Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, dengan berpandukan pada prinsip Perlembagaan, kumpulan tersebut menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.

“Ini bertentangan dengan Islam. Apa orang buat di dalam rumah sendiri, anda tidak boleh ketuk pintu pada pukul 3 pagi dan menahan mereka, ini bertentangan dengan prinsip perundangan Islam, dosa peribadi adalah antara diri sendiri dengan Allah.

“Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan taman awam,” tegasnya dalam sidang akhbar selepas forum Islam Dalam Demokrasi Berparlimen di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM). – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori