Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Malaysia Tak Boikot AFF,...

PUTRAJAYA - Skuad Harimau Malaysia akan terus berentap dalam pertandingan bola sepak berprestij...

Kayuh Basikal Cari Rezeki...

IPOH - Lelaki ini cekal mengayuh basikal hampir setiap hari untuk menjual pelbagai...

Sudah 17 Bulan Mengandung,...

PELIK bin ajaib. Kebiasaanya ibu yang hamil memerlukan masa hanya sembilan bulan untuk bayi...

Pembantu Rumah Saksi Pertama...

IPOH - Seorang pembantu rumah yang didakwa dirogol  Exco Kerajaan Negeri Perak, Paul...

Mufti Perlis Nafi Berkabung, Memenuhi Protokol Rasmi

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin memberitahu beliau memakai songkok dengan lilitan putih pada upacara pengebumian Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ismail bukan kerana berkabung.

Menurutnya, beliau memakai songkok dengan lilitan putih sewaktu menghadiri upacara berkenaan baru-baru ini sekadar memenuhi protokol rasmi yang ditetapkan oleh pihak Istana Johor.

Beliau menerangkan ada hadis yang melarang berkabung melainkan untuk wanita tidak melebihi tiga hari atau isteri selama empat bulan 10 hari.

“Saya memakainya sekadar mengikuti protokol rasmi ditetapkan oleh pihak berkenaan ketika itu sahaja, sebagai wakil rasmi pihak istana.

“Ia bukan dengan tujuan berkabung seperti yang difahami. Namun saya berdoa keampunan dan rahmat buat jenazah amin,” katanya menerusi akaun Facebook beliau hari ini.


Tunku Abdul Jalil, 25, mangkat di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 5 Disember lalu.

Baginda yang diputerakan pada 5 Julai 1990 merupakan anak keempat daripada enam beradik.

Allahyarham yang menghidap kan­ser hati tahap empat pernah menjalani pembedahan di hos­pital swasta di Guangzhou, China tahun lalu. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]X3j5xQHilBo[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mufti

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori