Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Wajib Bogel Untuk Masuk...

CANBERRA — Lazimnya ketika menghadiri sesebuah pameran karya seni, pengunjung perlu berpakaian kemas namun,...

Kos Operasi Mengapungkan Feri...

SEOUL - Kos operasi mengapungkan feri Sewol yang karam tahun lalu dijangka mencecah...

2 Mangsa Masih Terperangkap...

KUALA LUMPUR - Dua warga Indonesia dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan bangunan di tapak...

KKLW Cadang Pasang Kabel...

TAWAU - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bercadang memasang kabel bawah laut...

Kerajaan Nafi MARA Kehabisan Dana Mara

KUALA LUMPUR – Kerajaan menafikan dakwaan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) sudah kehabisan dana untuk memberi pinjaman pendidikan.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata kerajaan sentiasa memastikan dana MARA mencukupi dalam membantu pelajar Bumiputera.

Beliau menjawab soalan Senator Tan Sri Prof Dr Ibrahim Shah Abu Shah dalam sesi soal-jawab persidangan Dewan Negara hari ini.

Ibrahim Shah mendakwa kehabisan dana adalah faktor ramai pelajar Bumiputera sejak kebelakangan ini tidak dapat menerima penajaan Mara untuk meneruskan pengajian.


Kepada soalan lain Ibrahim Shah, katanya sejak tahun 2010 hingga Oktober tahun ini, MARA telah menaja seramai 125,800 pelajar Bumiputera termasuk dari Sabah dan Sarawak serta Orang Asli di Semenanjung untuk pengajian dalam negara.

Sementara itu menjawab soalan Senator Rahimah Mohamad yang ingin tahu tindakan terhadap pelajar tajaan Mara yang didapati menyimpan gambar lucah kanak-kanak ketika belajar di luar negara, Nanta berkata MARA tidak dapat berbuat apa-apa mengenai perkara itu kerana tertakluk kepada undang-undang negara berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori