Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

KPU Indonesia Adakan Pengundian...

JAKARTA – Komisi Pemilihan Umum (KPU) Indonesia mengumumkan suruhanjaya itu akan mengadakan pengundian...

PM Zahir Penghargaan Atas...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan kepada...

Indeks Berkaitan Rasuah &...

KANGAR - Indeks berkaitan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan penjawat awam bertambah...

Pengorbanan Ibu Bapa Penting...

Di mana-mana negara sekali pun, modal insan merupakan aset paling berharga bagi menjana...

Inisiatif ADINDA Puteri UMNO Bentuk Pemimpin Pelapis

KUALA LUMPUR – Puteri UMNO hari ini melancarkan inisiatif terbaharu ADINDA untuk mendampingi golongan muda wanita yang berpotensi dibentuk sebagai pemimpin pelapis parti politik dan organisasi korporat.

Disasarkan kepada wanita berusia 18 hingga 25 tahun, jentera ADINDA akan turun ke peringkat akar umbi melalui pelbagai program yang bersesuaian dengan golongan muda untuk mengenal pasti individu berbakat untuk digilap sebagai pemimpin.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin berkata ADINDA akan menyediakan platform bagi mereka yang dikenal pasti untuk mempelajari pelbagai kemahiran berguna serta celik politik.

“Dalam landskap politik semasa, anak muda sentiasa dahagakan platform untuk menemukan potensi diri, menyuarakan pandangan serta mahu merasakan semangat kekitaan dalam masyarakat,” katanya kepada media selepas pelancaran ADINDA oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di sini.

Antara program ADINDA yang dirangka adalah ‘Mentoring Programme’ yang memberi peluang kepada tokoh-tokoh wanita berjaya membimbing gadis-gadis yang ingin menempa nama dalam pelbagai bidang keusahawanan dan program ‘Walk the Talk’ yang memberi ruang kepada mereka yang cenderung ke arah kerjaya korporat.

Program ‘Kembara ADINDA’ juga akan diadakan bagi mendekatkan UMNO dengan gadis luar bandar dan ‘Women Leadership Camp’ untuk melahirkan wanita yang setanding dengan pemimpin lelaki, kata Mas Ermieyati.


ADINDA juga menyediakan program ‘Apa Kata ADINDA’ di saluran You Tube, ruang penulisan melalui program ‘Nukilan ADINDA’ dan ‘Gelanggang ADINDA’ yang menyediakan platform untuk anak muda dan mahasiswa membahaskan isu semasa.

Tengku Adnan, ketika melancarkan ADINDA, yakin inisiatif Puteri UMNO itu dapat mendekati golongan muda dengan kaedah yang lebih menarik berbanding cara lama yang sering dilaksanakan sebelum ini.

“Cara anak muda, bukan dengan cara yang selalu dilaksanakan seperti mereka hanya datang berpolitik. Dengan program ini pelbagai aktiviti akan dilakukan yang sedikit sebanyak akan menarik anak-anak muda dekat dengan UMNO,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori