BRASSILIA – Seorang wanita Brazil yang sedang hamil memusnahkan kereta suaminya selepas mendapati lelaki itu mempunyai perempuan simpanan.
Pada mulanya dia memecahkan cermin sehingga hancur dan berlegar-legar di sekitar kereta suaminya.
Dia yang sarat mengandung kemudian melompat ke atas bumbung kereta dan akhirnya, membaling batu ke arah tingkap belakang kenderaan berkenaan.
Insiden yang dirakam oleh penonton di tempat kejadian, menunjukkan wanita itu mengamuk selepas mendapati suaminya bersama dengan wanita lain yang dipercayai perempuan simpanan.
Si suami dan wanita ketiga itu, dikatakan sedang makan tengah hari di sebuah restoran ketika ‘kantoi’.
Kejadian berlaku di Ceilândia, Brazil 7 Disember lalu. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=qeY0cKYAzwY]