Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Steady Datuk Red… Bawa...

SELAIN menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia dengan cara turun mengundi, membawa kedua-dua...

Guru Terseksi Di Dunia...

BEKAS guru Matematik yang bertukar profesion menjadi seorang model, telah diumumkan sebagai muka...

Peguam Keluarga Sahkan Prabu...

SINGAPURA - Disahkan rakyat Malaysia Prabu N. Pathmanathan telah dihukum gantung di penjara...

Kostum, Pemegang Mikrofon Amy...

KUALA LUMPUR - Penyanyi rock legenda Amy Search terharu dan berbangga kerana salah...

Hajat Tauke Jadikan Yus Pengapit Kahwin Tidak Kesampaian

PEMINAT setia kumpulan lawak Jambu pasti mengetahui perkhabaran bahawa Tauke sudah pun bertunang dengan pilihan hatinya yang dikenali sebagai Nadia, minggu lalu.

Jika diikutkan perancangan, Tauke telah meminta arwah Pak Yus untuk menjadi pengapit pada majlis perkahwinannya kelak.

Namun suratan takdir menentukan, Pak Yus terlebih dahulu dipanggil menghadap Ilahi pada 30 November lalu.

Antara kenangan Tauke bersama arwah Pak Yus.
Antara kenangan Tauke bersama arwah Pak Yus

“Saya terkilan apabila hajat untuk lihat Allahyarham Pak Yus jadi pengapit di majlis perkahwinan nanti tidak kesampaian. Memang saya ada beritahu dia mengenai perkara ini beberapa bulan yang lalu.

“Tapi Allah SWT lebih sayangkan dia dan saya redha dengan pemergiannya,” kata pelawak berusia 39 tahun ini kepada Astro Gempak.

Mengikut perancangan, Tauke akan bertunang selama setahun sebelum melangsungkan perkahwinan Disember tahun hadapan, selepas hampir empat tahun bercinta dengan gadis kelahiran Dungun, Terengganu itu.

Yus Jambu Meninggal Dunia

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori