Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Budak Lelaki Guna Duit...

BERHATI mulia, seorang budak lelaki sanggup mengeluarkan duit simpanannya agar dapat membuat baju...

Isteri PM Israel Didakwa...

BAITULMAQDIS - Isteri Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Sara Netanyahu akan didakwa kerana...

Implikasi Besar Jika Belanjawan...

KUALA LUMPUR - Sekiranya Belanjawan 2021 yang sedang dibahaskan di Dewan Rakyat di...

Saya Mahu Menang Semua...

PETALING JAYA - Pengendali Selangor, B.Sathianathan menaruh harapan tinggi untuk menjulang pelbagai kejuaraan...

Mesyuarat MT Malam Ini Tak Bincang Kedudukan Muhyiddin

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Mesyuarat Majlis Tertinggi UMMNO pada malam ini hanya akan membincangkan isu berhubung Perhimpunan Agung UMNO 2015, dan tidak mengenai kedudukan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hanya dua agenda iaitu persiapan Perhimpunan Agung UMNO 2015 esok dan taklimat berhubung penyelarasan jurucakap negeri yang akan dibincangkan, kedua-duanya merupakan kelaziman perbincangan pada mesyuarat tersebut setiap tahun.

“Mesyuarat malam ini hanya ada dua agenda untuk persidangan esok. Tiada agenda lain,” katanya pada sidang media bersama Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Ditanya mengenai ketidakhadiran Muhyiddin pada taklimat Presiden malam tadi, Ahmad Zahid berkata beliau dimaklumkan bekas timbalan perdana menteri itu hadir ke PWTC namun tidak masuk ke Dewan Merdeka, lokasi taklimat itu diadakan.

“Setakat dimaklumkan Setiausaha Agung (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor), tiada maklum balas mengapa beliau (Muhyiddin) tidak hadir,” katanya.

Muhyiddin, yang kebelakangan ini lantang mengkritik Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana politik RM2.6 bilion, mengulangi lagi kritikannya itu terhadap kepimpinan parti serta isu terbabit pada Isnin lepas.

Kritikan itu dilontarkannya pada ‘Majlis Bersama Timbalan Presiden UMNO’ di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru di sini yang dianjurkan Pemuda UMNO Cawangan Sungai Rasau, Sepang.

Diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor semalam bahawa pihaknya akan menyerahkan laporan berhubung tindakan Muhyiddin itu kepada Jawatankuasa Khas UMNO untuk tindakan selanjutnya, Ahmad Zahid berkata:

“Kertas siasatan itu telah disiapkan oleh ibu pejabat UMNO untuk melihat jika Muhyiddin telah melanggar peraturan, perlembagaan atau tata etika parti.

“Saya tidak fikir ia (UMNO) perlu gopoh-gapah dalam tindakan. Kami mendengar suara akar umbi, mendengar suara perwakilan dan akan serahkan keputusan yang akan dibuat apabila tiba waktunya kepada presiden parti,” katanya.

Beliau berkata UMNO tidak mahu tindakan dilakukan secara tergesa-gesa disebabkan terdapat beberapa perkiraan yang harus diberi keutamaan.


Ahmad Zahid dan Hishammuddin turut menafikan dakwaan Muhyiddin dan Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa isu yang dibangkitkan mereka tidak diberi perhatian oleh parti.

Ahmad Zahid berkata: “(Muhyiddin dan Shafie) Harus ada kesabaran kerana tempoh secukupnya diminta oleh presiden, dan ia harus dihargai semua pihak termasuk mereka yang mahu penyelesaian dilakukan. Penjelasan juga dilakukan beberapa kali.

“Yang penting adalah penyelesaian secara holistik, bukan tafsiran apa yang mereka kehendaki dan guna penyelesaian pentingkan diri,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid dan Hishammuddin meninjau perasmian persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang bermula hari ini.

Ahmad Zahid berkata beliau berpuas hati dengan perjalanan persidangan ketiga-tiga sayap parti itu sejak pagi ini, dan ketua-ketua pergerakan ketiga-tiga sayap telah menyatakan sokongan padu pergerakan masing-masing terhadap Najib.

Beliau berkata selain itu beberapa isu turut dibangkitkan pada perhimpunan agung ketiga-tiga sayap antara isu kos sara hidup, kenaikan tambang pengangkutan awam, harga rumah dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) serta keselamatan dan kedaulatan negara. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]4mKUqAF2Tv8[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • UMNO

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori