KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang masuk hari kedua hari ini, diteruskan dengan menyambung semula sesi perbahasan usul ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bermula 8.30 pagi ini, 10 lagi pembahas dijadual membentangkan hujah masing-masing, termasuk wakil Pergerakan Wanita, Puteri dan wakil Kelab UMNO Luar Negara.
Sesi perbahasan kemudian, akan diikuti dengan pembentangan usul ekonomi serta agama dan pendidikan.
Dua usul itu, masing-masing dijadual dibahaskan 19 wakil negeri-negeri dan Pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri.
Semalam, Najib yang juga Perdana Menteri merasmikan Perhimpunan Agung UMNO kali ke-69 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Pada Selasa malam, perhimpunan parti bermula dengan perasmian serentak persidangan tiga sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri, yang buat julung kalinya disempurnakan oleh ketua sayap masing-masing. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]EngZAEGlfLg[/wpdevart_youtube]