Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lebih 1.3 Juta Penduduk...

ANGKA kematian akibat pandemik Covid-19 kini sebanyak 1.3 juta kes di seluruh dunia.Statistik...

“Khairuddin Penipu, Dia Dalang...

PENGASAS Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menyelar tindakan...

NHRAP: Memelihara Hak Asasi...

PUTRAJAYA - Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP) yang dilancarkan hari ini...

Pemandu Bas Terlibat Nahas...

JEMPOL - Pemandu bas yang terlibat dengan kemalangan di Jempol pagi semalam, ditahan...

Gila! Ibu Belanja RM600k Untuk Sambutan Hari Jadi Ke-2 Anak

SEMENTARA rakan seusianya sudah cukup gembira apabila disarungkan kostum Elsa daripada filem animasi Frozen, berlainan pula dengan kanak-kanak ini.

Sempena sambutan hari jadinya yang ke-2 tahun, ibu kanak-kanak perempuan yang berasal daripada wilayah Shanxi di China telah membelanjakan lebih  USD161,000 (RM 689,997.70) untuk menghadiahkan anaknya dengan busana dan tas tangan berjenama mewah.

Menurut laman web Distractify, ibu kanak-kanak itu telah membeli barangan mewah daripada jenama-jenama terkemuka seperti Louis Vuitton, Dior, Burberry, Armani, Prada dan banyak lagi.

Tidak cukup dengan itu, wanita berusia 20-an yang bercitarasa tinggi itu turut menyewa ruang legar sebuah hotel beserta satu pentas peragaan khas buat si cilik itu menggayakan persalinan dan aksesori mahalnya itu.

28315A7000000578-3063707-image-a-20_1430466292416

28315B5F00000578-3063707-image-a-21_1430466344985

Ini baru hari jadi yang kedua, kalau ke-18 macamana lah pula, ya?


Beginilah fenomena yang biasa berlaku di kalangan “Me” generation kini.; berbelanja dengan boros hanya untuk kepuasan diri sendiri.

Bagi golongan kelas pekerja, wang sebanyak itu sebenarnya lebih dari cukup untuk menampung kehidupan selepas pencen, ataupun digunakan untuk membeli rumah yang semakin melampau-lampau harganya hari ini.

Atau bagi peminat kereta, jumlah wang RM689,997.70 itu bisa juga membeli sebuah kereta Porche Panamera Turbo!

Apa-apa pun, kami cuma ada satu soalan untuk si ibu yang juga seorang sosialit terkenal di China: nak ambil anak angkat tak?-MYNEWSHUB.CC

Teks: Sara Khalid

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=sgTel_o-DZA]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori