Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lebuh Raya KL-Karak Dibuka...

KUALA LUMPUR - Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan pembukaan Lebuh...

Jualan Di Kantin PDRM...

KOTA KINABALU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal penjualan makanan dan minuman di...

Sharifah Shahira Melenting, Sindir...

KUALA LUMPUR - Penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah melenting di laman Instagramnnya...

Fajr Ibrahim Tiba Di...

KOTA BHARU - Jurulatih skuad kebangsaan Syria, Fajr Ibrahim dijangka tiba di ...

Perhimpunan Agung UMNO 2015 Labuh Tirai Hari Ini

KUALA LUMPUR – Selepas tiga hari bersidang, Perhimpunan Agung UMNO 2015 akan melabuhkan tirai hari ini, dengan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menyampaikan ucapan penggulungan dan amanat kepada anggota parti.

Ucapan Najib, yang juga Perdana Menteri, pastinya dinanti-nantikan bukan sahaja oleh 2,654 perwakilan dari 191 Bahagian UMNO, malah oleh ahlo parti di seluruh negara.

Buat julung kali, pentas Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan menyaksikan hanya presiden parti berucap pada sesi penggulungan, berbanding sebelum ini, timbalan presiden serta tiga naib presiden turut berbuat demikian.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO pada Rabu.

Sebanyak 11 pembahas akan meneruskan perbahasan usul ekonomi bermula 8.30 pagi ini, selepas tiga orang berbuat demikian semalam.


Ia kemudian, diikuti dengan pembentangan usul agama dan pendidikan yang dijangka dibahaskan oleh 14 wakil negeri-negeri, termasuk pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri.

Pada Jumaat, usul ucapan dasar presiden diluluskan sebulat suara setelah 15 pembahas membentangkan hujah masing-masing sejak Khamis, selepas perasmian oleh Najib. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]0k8M0pZionQ[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori