Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Tempahan Proton X50 Dibuka...

TANJUNG MALIM - PROTON Holdings Bhd (PROTON) akhirnya memperkenalkan secara rasmi model kenderaan...

Lim Guan Eng Cabar...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Isnin mencabar...

Pemain Kedah Diharap Suai...

JERLUN - Pemain skuad Lang Merah diharapkan dapat menyesuaikan diri dengan cepat bersama...

Yang Di-Pertuan Agong Berangkat...

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri...

Pemain Bola Sepak Honduras Maut Ditembak 18 Kali

SEORANG pemain bola sepak kebangsaan Honduras terbunuh selepas ditembak di depan sebuah pusat membeli-belah di La Ceiba di negara tersebut.

Ketika kejadian, Arnold Peralta dilapor baru selesai membeli pakaian untuk bayi perempuannya yang baru dilahirkan.

Ketika mangsa berjalan keluar dari pusat membeli-belah itu, suspek telah melepaskan 18 tembakan ke arah Peralta sambil disaksikan isterinya.

Akibat kecederaan parah, bekas pemain kelab Rangers berusia 26 tahun itu maut di tempat kejadian.

Isteri mangsa, Vanessa Oliva yang berada di lokasi itu ketika kejadian kelihatan meraung di sisi mayat Peralta.


Jurucakap polis berkata, mangsa terbunuh akibat terkena tembakan di bahagian dada dan kepala.

Pihak berkuasa mengesahkan tiada suspek ditahan ketika ini, namun usaha mengesan pembunuh sedang dijalankan.

Peralta yang kini mewakili skuad Olimpia di Tegucigalpa dilapor menjadi mangsa keganasan di Honduras yang merupakan negara yang mencatatkan kes pembunuhan tertinggi di dunia. – mStar

[wpdevart_youtube]WLi3iNdehlc[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori