Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Bantuan Khas RM700 Untuk...

KUALA LUMPUR - Seramai 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah...

PBT Melaka Perlu Bangunkan...

MELAKA - Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini perlu memberikan perhatian...

Ziana Zain Terus ‘Kunci...

DIVA Pop, Ziana Zain merupakan satu nama yang cukup terkemuka di Malaysia dan...

Syamsul Debat Tenang Walau...

KUALA NERUS - Walau terpalit kontroversi mempunyai hubungan dengan isteri orang, penceramah bebas...

Najib Pilih Berjiwa Besar Berdamai Bagi Kukuhkan UMNO

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau memilih berjiwa besar untuk berdamai dalam usaha mengukuhkan ikatan UMNO.

Presiden UMNO itu yang membuka pintu silaturahim kepada para “penentangnya” pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2015 di sini, bagaimanapun menegaskan bahawa jika tawaran itu ditolak, mereka bukan lagi menentangnya atas sifat peribadi tetapi menolak kemahuan para perwakilan UMNO.

“Saya Najib Razak sebagai Presiden UMNO memilih untuk berjiwa besar untuk membuka pintu silaturahim kepada semua supaya kita dapat bersatu dan kembali mengukuhkan ikatan UMNO,” katanya diikuti dengan sorakan seisi Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada sesi penggulungan perbahasan..

“Namun dengan tegas saya mahu menyatakan jika seandainya mana-mana pihak masih lagi tetap menolak dan mahukan pertelagahan, … ini bukan lagi soal peribadi.

“Mereka bukan menentang saya sebagai Najib Razak Presiden parti, bahkan ternyata mereka tolak untuk mencari titik perdamaian dan menolak keputusan syura parti dan jamaah UMNO ini,” katanya.

Najib, yang juga Perdana Menteri mengingatkan para anggota parti bahawa pertelagahan sesama sendiri tidak akan menguntungkan UMNO.


“Apa guna kita bermusuh, berpatah arang dan berkerat rotan. Menang jadi arang, kalah jadi abu, nanti orang lain mendapat untung,” katanya.

Perdana Menteri mengulangi dengan tegas bahawa beliau tidak sekali-kali akan menyerah kalah dan tidak akan berundur daripada perjuangan UMNO.

Sebelum kembali ke tempat duduknya, Najib bersalaman dengan barisan pimpinan UMNO di atas pentas termasuklah pengkritik beliau Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan aksi itu telah menarik tumpuan para perwakilan serta lensa kemera media.

Ucapan penggulungan, pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2015 itu, yang dinanti-nantikan oleh para perwakilan, malah rakyat seluruh negara, dimulakan dengan peringatan Najib kepada para anggota UMNO tentang taat dan setia kepada pemimpin dan adab dalam membuat teguran kepada pemimpin. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]UYeY8w8TS9Q[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori