Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pelik Ada Serentak 2...

BELUM pernah berlaku dalam sejarah perundangan Malaysia boleh ada dua Ketua Hakim Negara...

Kerajaan P.Pinang Tiada Kaitan...

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang tidak terlibat langsung dengan perjudian tanpa lesen...

Perkataan ‘Popia’ Dieja ‘Fukia’...

SEKEPING gambar menunjukkan sebuah gerai di bazar Ramadan dengan menggunakan banting tertera tulisan...

Sultan Selangor Berkenan Berbuka...

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berbuka puasa bersama...

Setiap Pemain Utama Kedah Terima RM15,000

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hari ini mengumumkan imbuhan RM15,000 untuk setiap pemain utama pasukan bola sepak Kedah yang muncul Naib Juara Piala Malaysia musim ini.

Mukhriz berkata dengan pencapaian luar biasa skuad Helang Merah sehingga berjaya bergelar Naib Juara, imbuhan itu dianggap sebagai berpatutan biarpun bukan jumlah yang besar.

“Kita tahu skuad Kedah berjuang tanpa imbuhan yang besar selama ini. Namun dengan pencapaian luar biasa ini, melalui perbincangan kita setuju untuk memberi imbuhan ini,” katanya kepada pemberita pada majlis santapan malam meraikan pasukan Kedah di Istana Negara malam tadi.

Naib Juara Piala Malaysia Diraikan Di Istana Negara

Mukhriz berkata bagi pemain lain imbuhan turut diberikan berdasarkan peratusan masa yang mereka luangkan bermain untuk pasukan.

Katanya, misi pasukan itu seterusnya ialah menumpukan pada perlawanan Liga Super musim depan.

“Sekarang ini pasukan akan berehat sehingga Februari ini. Selepas itu tumpuan adalah bagi memantapkan lagi pasukan untuk musim depan,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah disambut mesra pemain pasukan Kedah ketika berangkat ke Majlis Santapan Malam bagi meraikan pasukan Bola Sepak Kedah di Istana Negara malam tadi. - Foto BERNAMA
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah disambut mesra pemain pasukan Kedah ketika berangkat ke Majlis Santapan Malam bagi meraikan pasukan Bola Sepak Kedah di Istana Negara malam tadi. – Foto BERNAMA

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke majlis santapan malam meraikan pasukan bola sepak Kedah itu.

Kedah mara ke final Piala Malaysia tahun ini berdepan Selangor selepas kali terakhir menjuarai piala itu pada 2008.


Namun Kedah tewas 0-2 kepada Selangor pada perlawanan di Stadium Shah Alam.

– BERNAMA

[wpdevart_youtube]V0CG3p34wNg[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori