Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Anak Melayu Wakili Malaysia...

SEORANG model berketurunan Melayu terpilih mewakili Malaysia dalam program realiti Asia's Next Top...

Zahid Terima Kunjungan Hormat...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari...

Redzuan Kecewa Proses Birokrasi...

PETALING JAYA - Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Yusof melahirkan rasa kecewa...

Polis Tumpaskan ‘Geng Mat...

LANGKAWI - Polis berjaya menumpaskan kumpulan curi dan pecah rumah 'Geng Mat Daud'...

Malaysia, Negara Islam Lain Perlu Terajui Industri Halal Global

KUALA LUMPUR – Malaysia dan negara Islam lain perlu berada di barisan hadapan dan menerajui industri halal global, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata halal bukan hanya membabitkan agenda sesebuah negara tetapi usaha bersepadu banyak negara.

“Usaha ini memerlukan, antara lain, program pembinaan kapasiti berstruktur dan memastikan bekalan halal global yang efisien dan tanpa sempadan untuk mengembangkan halal daripada industri istimewa ketika ini kepada industri dan ekonomi perdana global,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan Persidangan Halal Institut Standard dan Metrologi Negara-Negara Islam di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata industri halal tidak hanya terbatas kepada makanan sahaja tetapi turut meliputi perkhidmatan iaitu kewangan dan perbankan, insurans, pendidikan dan latihan, penyelidikan, persijilan, perundingan, logistik dan penjagaan kesihatan serta pengembaraan dan pelancongan.

Beliau berharap Malaysia dan negara Islam yang lain akan saling bekerjasama, termasuk berkongsi idea dan pengetahuan, untuk menerajui industri itu.


Ahmad Zahid berkata negara-negara Islam ketika ini ketinggalan di belakang dari segi memanfaatkan peluang-peluang dalam ekonomi halal manakala syarikat antarabangsa bukan Islam kini menerajui industri itu.

“Banyak cendekiawan Islam telah mengilhamkan idea bagi industri halal, tetapi kita ketinggalan di belakang kerana syarikat-syarikat bukan Islam pantas menyambar pasaran itu.

“Kita (negara-negara Islam) perlu bersatu dan menyelaraskan usaha kita untuk berada di barisan hadapan dalam industri halal,” katanya sambil menegaskan pendekatan holistik diperlukan.

Ahmad Zahid berkata langkah mempromosikan Malaysia sebagai ekonomi halal global merupakan elemen penting dalam Pergerakan Kesederhanaan Global yang diperjuangkannya untuk menangani Islamofobia daripada menjadi lebih teruk akibat tindakan kumpulan pengganas tertentu.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]FMJ039AoOP8[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori