Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Boleh Seragam Undang-Undang Syariah...

SEREMBAN - Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, menyambut baik usaha Kerajaan...

Siti Hasmah Lancar Pertubuhan...

PUTRAJAYA – Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri Harapan atau Kasih Malaysia yang menghimpunkan...

Berang Diugut Dedah Hubungan...

Kuala Lumpur : Berang kerana diugut untuk mendedahkan hubungan sulit mereka kepada isteri...

Tumbuk Polis Trafik: Pemandu...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi, yang menumbuk seorang anggota polis trafik semasa...

Program Rintis PLKN 2.0 Berjaya Tingkat Keyakinan, Kemahiran Peserta

SEPANG – Projek Rintis Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 dilihat berkesan dalam meningkatkan keyakinan diri peserta terutama dalam pengucapan awam, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau melihat perkembangan tersebut hasil komunikasinya bersama para peserta projek rintis program berkenaan ketika melawat Kem PLKN Princess Haliza, Sungai Pelek di sini hari ini.

“Daripada maklum balas yang diterima daripada peserta sebentar tadi saya dapati mereka amat gembira menyertai PLKN 2.0.

“Mereka lebih yakin bercakap di tempat awam. Pada masa depan, jika mereka perlu berucap untuk masyarakat atau dalam temu duga, kemahiran ini penting,” katanya kepada pemberita ketika mengakhiri lawatannya.

Pada lawatan itu, Ali diberikan taklimat mengenai perjalanan program rintis PLKN 2.0 di Kem Princess Haliza oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Mohmed Asri Yusof. Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abdul Rahim Mohammad Radzi.

Sebanyak 345 pelatih berjaya menamatkan program rintis PLKN fasa pertama itu dengan majlis penutupnya akan diadakan di kem tersebut esok, katanya.


Kesemua pelatih berkenaan menjalani program selama dua bulan sejak Oktober dan fasa kedua program PLKN 2.0 akan bermula pada 5 Jan, kata Ali.

Majoriti atau 60 peratus daripada peserta PLKN 2.0 fasa pertama itu adalah mereka yang menyertai program secara sukarela, katanya.

“Kita berharap peserta yang berpengalaman dalam program PLKN 2.0 Fasa Satu ini akan memberikan maklum balas positif kepada sahabat masing-masing supaya lebih ramai belia menyertai PLKN secara sukarela,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]5jhdD1LQQZ0[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • PLKN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori