SEBUAH pusat beli belah didenda £75,000 (RM493,277.43) selepas kaki seorang lelaki di Britain tersangkut di eskalator, menyebabkan ibu jari kakinya putus.
Michael Reddington, 25, berada di West End Arcade, Nottingham sedang menjawab panggilan telefon bimbit sambil melangkah ke atas eskalator apabila kakinya tersangkut di bahagian yang rosak.


Sebaik eskalator tiba di bahagian atas, jari kakinya tersangkut di lantai platform menyebabkan darah merecik di merata tempat.
Eskalator yang terus beroperasi untuk beberapa minit seterusnya menghancurkan ibu jari kaki dan mematahkan jari kaki kedua dan ketiga Reddington.

Hodgson Elkington, ejen pengurusan pusat beli belah itu didenda hari ini selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan mengabaikan ciri keselamatan di Nottingham Crown Court. - MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=-2BaoG7hm9Q]