Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

‘Kesinambungan’ Tema Manifesto BN...

MELAKA – Kesinambungan merupakan perkataan yang paling cocok bagi Manifesto Barisan Nasional (BN)...

Bajet 2017 Bukan Sembang...

ALOR SETAR - Semua inisiatif yang dibentangkan dalam Bajet 2017 akan dilaksanakan kerajaan...

Ekspo Flora Sedunia Taichung...

PERNAHKAH anda terbayangkan bunyi pepohon bunga yang sedang mekar berbunga? Maklumlah pada zaman...

Ketua Pemuda PAS Terima...

KUALA LUMPUR - Pada waktu Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff dihentam teruk...

Kubur 100 Tahun Dijadikan Tempat Memuja Nombor Ekor

MELAKA: Dua buah kubur yang berusia 100 tahun di Kampung Tampoi, Melaka dijadikan tempat pemujaan sekumpulan individu bagi mendapatkan nombor ramalan empat angka (nombor ekor). Ekoran insiden ini, penduduk kampung berkenaan telah giat melakukan rondaan secara bergilir-gilir bagi membanteras kegiatan tersebut.

Dua buah kubur berkenaan merupakan kubur Datuk Kelat dan Datuk Kijang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKK) kampung berkenaan, Ali Mohamed, 52, berkata mereka mengesan aktiviti pemujaan di kubur tersebut telah kembali aktif sejak beberapa bulan yang lalu.

NSTP

Tambahnya, tujuan rondaan secara kerap ini adalah bagi mengekang aktiviti ini daripada terus berleluasa.


“Rondaan dilakukan pada jam 8 malam, namun jika kami mendapat laporan ada individu atau kenderaan mencurigakan di kawasan itu, penduduk bergegas ke sana untuk melakukan pemeriksaan.

“Tanah perkuburan di hujung kampung itu sunyi dan tempat pilihan individu melakukan upacara pemujaan meminta nombor ramalan,” katanya.

Aktiviti pemujaan di tanah perkuburan tersebut telah lama berlaku dan sebelum ini orang kampung pernah menemui alat kelengkapan pemujaan seperti kemenyan dan kain kuning yang diikat pada batu nisan.

Sumber: MyMetro

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=ljcd5HDkG9s]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori