Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

5 Mat Rempit Termasuk...

BUTTERWORTH - Lima remaja lelaki termasuk dua pelajar Tingkatan Lima yang sedang leka...

Kaedah Baharu Tangkap Anjing...

KUCHING - Kaedah baharu untuk menangkap anjing liar bagi mengekang wabak rabies atau penyakit anjing gila telah pun dipersetujui, kata Presiden Persatuan Pencegahan...

69% Kawasan Kota Belud...

KOTA BELUD - Hampir 69 peratus kawasan di Kota Belud kini telah menerima...

Lebih 100 Berikan Penghormatan...

MELAKA -- Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob bersama lebih 100 orang...

Jom Beli Sandwich & Bubur Ayam Adik Ni, 20 Sen Sahaja

SEMUA juadah makanan yang dijual oleh si cilik ini semurah 20 sen!

Bubur ayam, dadih, cekodok pisang, mi goreng dan sandwich yang kebiasaannya dijual pada harga lebih RM1 kini dijual lima kali lebih murah oleh pasangan adik-beradik ini.

Si cilik yang dikenali sebagai  Iman Sufiah Muhamad Taufik, 10; dan adiknya Iman Aueisha Muhamad Taufik, 8; memulakan perniagaan sejak 9 Disember lalu di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

“Niat saya hanya untuk tolong orang susah dan tidak peduli dengan untung atau rugi,” kata Iman Sufiah.

sandwitch

Memetik laporan Harian Metro, kisah sandwich 20 sen menjadi viral sejak Sabtu lalu apabila gambar Iman Sufiah menjual sandwich telur tersebar.

Sufiah berkata, mereka hanya menyediakan 150 bungkus makanan setiap hari dan projek amal ini adalah projek cuti sekolah yang dijalankan setiap tahun sejak dia berumur 7 tahun lagi.


Ibu kepada usahawan cilik ini, Siti Nurhuda Samsudin, 35; berkata dia memberi sokongan penuh kepada anaknya selain berharap mereka dapat belajar erti kehidupan serta nilai memberi kepada golongan susah.

“Saya tidak halang apa sahaja kehendak anak dan sentiasa beri semangat kepada mereka. Saya tahu harga yang dijual itu murah dan tidak mendatangkan untung tetapi untuk beramal, niat perlu ikhlas.

“Saya buat semua ini untuk kebajikan, tetapi terkejut apabila ramai yang menjadikan situasi itu sebagai bahan bualan sehinggakan ada yang beli barang jualan kami dalam kuantiti yang banyak.

“Semuanya bermula selepas saya melihat cerita orang susah yang banyak dipaparkan di televisyen, laman Facebook dan Internet. Hati saya cepat tersentuh dan kasihan melihat mereka kerana tidak mampu untuk membeli makanan,” ujarnya.

Sekiranya makanan-makanan yang dijual tidak habis, kedua-dua beradik ini akan mengagihkan makanan-makanan tersebut kepada orang awam di Pasar TTDI secara percuma.

Sebelum ini, kisah seorang lelaki mualaf menjual donut berharga 10 sen turut menjadi viral disebabkan sifat mulia peniaga terbabit yang ingin membuat amal jariah sambil berniaga. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori