Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Wanita Ditipu RM4,950 Oleh...

MIRI - Seorang wanita di sini kerugian RM4,950 pada Isnin lepas apabila ditipu...

Ahli Parlimen Pembangkang Berbaju...

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang hari ini, mengenakan baju Melayu putih ketika menghadiri...

Peguam Najib Bantah Buletin...

KUALA LUMPUR - Peguam bela utama kes penyalahgunaan dana SRC International, Tan Sri...

Kastam Kedah Tahan 15...

ALOR SETAR - Kastam Diraja Malaysia Negeri Kedah menyita sebanyak 81 kenderaan mewah...

Mahkamah Khas Kumpulan Militan Jadikan Penghakiman Lebih Telus

KUALA LUMPUR – Kewujudan mahkamah khas untuk membicarakan kes dan individu yang terlibat dengan kumpulan militan akan menjadikan proses penghakiman lebih telus, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata ini kerana ancaman kumpulan berkenaan benar-benar wujud dan semakin menular di seluruh negara.

“Jika kita tidak ambil tindakan yang proaktif dan preventif mereka akan terlepas daripada pemantauan kita serta mengancam keselamatan di khalayak orang ramai yang tidak berdosa.

“Perkara ini telah dibincangkan di peringkat Majlis Keselamatan Negara di mana mahkamah seperti itu akan membantu kita memerangi kumpulan militan termasuk membantu proses perbicaraan diselesaikan segera pada sebelah malam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sambutan Hari Inovasi Kementerian Pertahanan Tahun 2015 di Auditorium Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.

Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Ketua Hakim Negara untuk mewujud dan melaksanakan mahkamah itu.

Sementara itu, Malaysia menyatakan sokongan penuh kepada usaha Kerajaan Arab Saudi yang mengumumkan pembentukan pasukan tentera 34 negara Islam hari ini bagi memerangi ancaman pengganas terutamanya kumpulan militan yang dilihat semakin menular di seluruh dunia.

Hishammuddin berkata penyenaraian Malaysia di dalam pasukan berkenaan merupakan satu pengiktirafan.

Namun katanya, Malaysia tidak akan menyumbang dari segi ketenteraan.


“Ia jelas membuktikan penyatuan negara Islam dalam berdepan ancaman pengganas.

“Malaysia mempunyai komitmen serupa dalam memerangi kegiatan itu bukan dari segi ketenteraan sebaliknya dari segi persefahaman dan pendirian. — LAGI

“Pada dua hari lepas rakan sejawatan saya iaitu Timbalan Putera Mahkota Mohammed Salman telah menghubungi saya dan menyatakan pendirian yang sama terhadap ancaman pengganas,” katanya.

Hishammuddin berkata inisiatif mereka (Kerajaan Arab Saudi) pada kali ini bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana ia juga merupakan pendirian 10 buah negara ASEAN ketika Malaysia mempengerusikan mesyuarat ASEAN baru-baru ini.

Media antarabangsa hari ini melaporkan Arab Saudi mengumumkan pembentukan gabungan ketenteraan Islam terdiri daripada 34 negara bagi menentang keganasan.

Nama negara-negara Arab yang disebut dalam senarai itu termasuk Mesir, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, serta negara Islam lain seperti Turki, Malaysia, Pakistan dan negara-negara Teluk dan Afrika. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]LwmwrsR-z6I[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori