Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

AirAsia Bukan Pilihan Terbaik...

KUALA LUMPUR – AirAsia Berhad bukan pihak terbaik untuk menyelamatkan Malaysia Airlines Berhad...

Peminat ‘Over’, Buat Video...

KISAH cinta ala fairy tale antara pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin berakhir...

650 Unit Rumah Mampu...

GEORGE TOWN - Sebanyak 650 unit, atau 86.7 peratus daripada unit rumah mampu...

10 Minit Bantuan Kecemasan...

KUALA NERUS - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu memberi jaminan sebarang kecemasan...

Soalan Interview Kerja ‘Non Ortodoks’ CEO Ternama Dunia

SESIAPA sahaja yang pernah menghadiri interview kerja pasti lali dengan soalan-soalan lazim yang akan ditanya penemuduga seperti, “Apakah kemahiran anda?” atau “Apakah perancangan anda dalam masa 5 tahun?”.

Namun, bagaimana pula jika calon menerima soalan yang lari daripada kebiasaan?

Satu tinjauan yang dibuat oleh laman web karier Glassdoor, mendapati para CEO syarikat-syarikat Senarai 400 seperti Amazon, Airbnb, Apple, Dell dan Yahoo gemar bertanyakan soalan-soalan ‘luar kotak’.

Salah satu soalan paling pelik yang ditanyakan CEO Apple adalah, “Katakan anda seorang penghantar piza, bagaimanakah sepasang gunting dapat memberi faedah kepada anda?” manakala salah seorang calon yang ditemuduga di Google berkata, dia telah diajukan soalan ‘kelakar abis’ ini: “Berapakah jumlah keseluruhan lembu di Kanada?”.

Menurut tinjauan itu, sebab mengapa calon temuduga ditanya soalan yang pelik-pelik sebegitu adalah untuk menguji kemampuan mereka menangani situasi yang tidak diduga.

Di bawah, kami senaraikan soalan yang diaku oleh beberapa CEO syarikat terbesar dunia kepada calon pekerja mereka:

1.Tony Hsieh, Zappos

01TonyHsieh

“Dalam skala 1 hingga 10, berapakah tahap kepelikan anda?”

2.Richard Branson, Virgin

02branson

“Apakah keistimewaan lain yang tidak dapat disertakan di dalam resume anda?”


3. Karen Davis, Hasbro

04karendavis

“Apakah kata-kata hikmah kegemaran anda?”

4. Peter Thiel, PayPal

06BloombergPeterThiel

“Apakah satu fakta yang anda benar-benar percaya, tapi tak dipersetujui kebanyakan orang di sekeliling anda?”

5. Brian Chesky, Airbnb

07BrianChesky

“Ringkaskan hidup anda dalam masa 3 minit.”

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=XWt8R_UyaqI&w=560&h=315]

  • Lagi berita berkaitan:
  • CEO

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori