Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ebola: Kes ‘Disyaki’ Pertama...

CANBERRA - Seorang lelaki terpaksa dipisahkan dan menjalani pelbagai ujian selepas disyaki menghidap...

Denda Dipertimbangkan Jika Hilang...

PUTRAJAYA - Kerajaan bercadang mengenakan denda terhadap rakyat Malaysia yang kehilangan pasport antarabangsa...

Polis Buru Suspek Utama...

JOHOR BAHRU - Polis sedang memburu tiga lelaki warga Bangladesh yang disyaki suspek...

‘Saya Rasa Saya Memang...

DALAM negara yang mempunyai masyarakat majmuk pelbagai bangsa, kita hidup dengan aman bersama-sama...

Harun Salim Bachik Terima Anugerah Khidmat Seni

KUALA LUMPUR – Pelakon komedi, Allahyarham Harun Salim Bachik yang meninggal dunia Mac lepas dikurniakan ‘Anugerah Pohon Beringin’ bagi menghargai khidmat bakti beliau dalam bidang seni.

Anugerah tersebut yang merupakan anugerah utama Gegar Anak Seni (Gasseni) disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada balu Allahyarham, Surianti Mohd Nor pada jamuan Gasseni di sini, malam tadi.

Harun atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim, 55, rebah secara tiba-tiba di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Merah, Perak selepas menghadiri majlis kenduri di Pulau Pinang pada 8 Mac lepas.

Pada majlis itu, Gasseni turut menyampaikan enam anugerah kepada anak seni yang banyak berjasa dalam pembinaan budaya bangsa melalui bidang filem, televisyen, nyanyian, teater, tarian dan muzik.

Mereka ialah pelakon, Allahyarham Ibrahim Pendek bagi kategori Ikon Filem tempatan, Tokoh Penyiar 1994, Tan Sri Ahmad Merican (Ikon Televisyen) dan kumpulan Alleycats (Ikon Nyanyian).

Turut menerima anugerah, Pengarah Khalid Salleh (Ikon Teater), Datin Azanin Ezane Ahmad (Ikon Tarian) dan bekas Pengarah Muzik TV3, Datuk Ooi Eow Jin (Ikon Muzik).


Malam Gasseni yang julung kali diadakan itu merupakan anjuran bersama Koperasi Seniman Kuala Lumpur Berhad dan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM).

Ia dihadiri lebih 1,000 karyawan tempatan dari pelbagai latar berlakang seni termasuk pengarah, Datuk Yusof Haslam dan penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim.

Pada majlis itu, sekumpulan anak seni turut membaca ikrar dalam menyatakan sokongan dan tekad mereka untuk mempertahankan tanah air. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]HOAkQ75ZXdM[/wpdevart_youtube]

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori