Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

PM Mahu MIC Piih...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu MIC menyenaraikan calon...

Tentukan Sama Ada Pertuduhan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan Mahkamah Tinggi memutuskan sama ada pertuduhan...

‘Direbus’ Hidup-Hidup Dalam Kawah...

MENGERIKAN, seolah-olah direbus hidup-hidup. Aksi ini dirakamkan oleh Michael Diez yang berasal dari...

Lagi Cebisan Tulang Ditemukan...

IPOH : Beberapa lagi cebisan tulang dipercayai milik mangsa runtuhan batu di tapak...

Remaja Terencat Akal Dirogol Pekerja Bapa

KOTA BHARU – Seorang pekerja ladang warga Thailand dihukum penjara 14 tahun dan dikenakan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu kerana merogol remaja juga orang kelainan upaya (OKU).

Hukuman terhadap Mahadu Lukanu, 31, diputuskan hakim, Mohd Yusoff Yunus selepas tertuduh didapati bersalah diakhir kes pembelaan.

Tertuduh didakwa merogol remaja terencat akal berusia 13 tahun yang juga anak majikannya itu antara Ogos dan 27 November 2013 di Kampung Sri Jaya Kemubu, Dabong, Kuala Krai.

Hukuman diputuskan mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun, maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Pada prosiding itu, tertuduh yang diwakili peguam, Latifah Ariffin merayu bagi pihak anak guamnya itu agar dikenakan hukuman ringan kerana insaf dan menyesali perbuatan berkenaan.


Timbalan Pendakwa Raya (TPR) negeri, Nurliyana Md Zukri yang mengendalikan kes bagi pihak TPR Nordalina Ali memohon hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada mangsa dan orang lain selain mengambil kira keadaan mangsa yang terencat dan diambil kesempatan oleh tertuduh. – Sinar Harian

[wpdevart_youtube]U5LdOIr16og[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori