Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Banjir: Calon Temu Duga...

PUTRAJAYA - Calon yang telah dijadual untuk menghadiri temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam...

PBB Digesa Lulus Resolusi...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa mengadakan mesyuarat tergempar untuk meluluskan...

Kebajikan Polis Sentiasa Mendapat...

KANGAR - Kebajikan polis sentiasa mendapat perhatian kerajaan bagi membolehkan anggota keselamatan itu...

Tubuh Program Pengawasan Bayi...

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan sedang menimbang rancangan menubuhkan program pengawasan kebangsaan untuk memantau...

Betty Banafe Selamat Timang Anak Kedua

TAHNIAH kepada pelakon Betty Banafe yang baru sahaja selamat melahirkan anak keduanya seberat 3.3kg pada pukul 3 pagi semalam di Hospital Pakar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Betty melahirkan anaknya itu secara normal dan keduanya dilaporkan dalam keadaan sihat.

Betty turut berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya sambil meluahkan rasa syukur dan gembira.

beety

“Alhamdulillah proses kelahirannya sangat mudah dan lancar. Semuanya dipermudahkan. Nampaknya, Julia anak sulung saya sudah ada teman dan adik baharu. Tarikh hari ini (15.12.2015) juga sangat cantik untuk diingati.


“Harapnya, mereka akan berkawan baik, menyayangi di antara satu sama lain serta menjadi anak yang soleh serta solehah,” kongsi Betty.

Betty berkahwin dengan Bruce Dargus pada 8 Disember 2012 dan anak sulungnya, Julia Claire Dargus genap berusia dua tahun pada 1 Disember.

Tahniah diucapkan kepada Betty dan suami. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=8fBMFyG9TJo]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori