AKAUN Twitter milik bintang realiti TV terkenal, Kim Kardashian telah ‘digodam’ oleh anak perempuannya sendiri, North West pada Isnin.
Anaknya yang baru berusia dua tahun itu bukan sahaja berjaya memasuki akaun Twitter milik ibunya, malah sempat menghantar tweet berbunyi, “jihjj’/”.
Perbuatan North hanya terbongkar selepas Kim yang memiliki 37.8 juta pengikut di Twitter menyedari mesej berkenaan tiga jam selepas itu.
Isteri Kanye West ini kemudian memuat naik tweet, “Hi Northie” (“hai ‘si nakal'”)
Meskipun mesej yang ditulis anak Kim tidak membawa apa-apa maksud namun ianya menarik perhatian ramai hingga mendapat lebih 11,000 retweets dan 13,000 likes.
Netizen juga mengerti perbuatan North dan beranggapan kanak-kanak itu melakukannya ketika bermain telefon milik Kim.
North West merupakan anak sulung Kim Kardashian bersama suaminya penyanyi rap Kanye West.
Kim juga baru menimang cahaya mata kedua lelaki pada awal Disember dan memberi nama bayi tersebut Saint West. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=e1yDfXSMRcM]