Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Muafakat BN Tidak Boleh...

KOTA BHARU - Kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam menghasilkan muafakat yang kukuh antara...

Tiada Keperluan PKPD Seluruh...

KOTA KINABALU - Tiada keperluan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di...

Dokumen Tak Lengkap –...

KOTA TINGGI - Dokumen tidak lengkap adalah salah satu daripada tiga faktor utama...

‘Coklat Najib’ Popular Sold...

LARIS... Coklat mini bersaiz poket memaparkan imej bekas Presiden UMNO dan barisan perdana...

Polis Selesai Ambil Keterangan Daripada Justo Di Bangkok

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan polis telah selesai merakam keterangan warga Switzerland, Xavier Andre Justo berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di penjara di Bangkok semalam.

Menurutnya, Justo ketika ditemu bual telah memberi kerjasama yang amat baik kepada Polis Diraja Malaysia(PDRM).

“Pegawai saya akan pulang hari ini.. nanti mereka akan membentangkan hasil temu bual mereka dengan Justo,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis PDRM ‘Green Day Programme’ di sini.

Bagaimanapun, Khalid enggan mendedahkan perkara-perkara yang dibangkitkan ketika temu bual dengan bekas pekerja PetroSaudi International tersebut.

Tambah beliau, kes berkaitan Justo dijangka selesai selepas polis menerima dokumen-dokumen berkaitan kes terbabit daripada pihak berkuasa Thailand.


Semalam, pasukan PDRM yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman(Siasatan/Perundangan) Datuk Amar Singh Ishar Singh ditugaskan untuk mengambil kenyataan daripada Justo.

Justo dijatuhi hukuman tiga tahun penjara oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan pada 17 Ogos lalu selepas mengaku mencuri 90 gigabait data termasuk e-mel, dokumen dan bahan lain daripada PetroSaudi International sebagai cubaannya untuk memeras ugut.

PDRM cuba mendapatkan keterangan daripadanya sejak beberapa bulan lalu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]_KC9BwSH80k[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori