Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Wanita Dengan Tanda Lahir...

NAMA Goar Avetisian bukan asing lagi di Rusia malah jurusolek ini mempunyai kira-kira...

Saya Tak Campur Urusan...

SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan...

‘Manusia Kalkulator’ Kejutkan Juri...

ASIA'S Got Talent adalah pentas yang mengetengahkan bakat luar biasa dalam kalangan peserta...

2017: Tahun Paling Sukar...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Pembentangan Akhir Ketua Audit Negara 1MDB Ditangguh

KUALA LUMPUR – Laporan Akhir Ketua Audit Negara terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijangka dibentangkan esok kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ditangguhkan berikutan proses kemas kini.

“Laporan akhir itu ditangguhkan kerana perlu proses kemas kini,” kata Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin secara ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tarikh baharu bagi pembentangan laporan itu.

Sebelum ini, Hasan dilaporkan berkata Laporan Akhir Ketua Audit Negara terhadap 1MDB dijangka dibentangkan kepada PAC pada 17 Dis.

Beliau dipetik berkata PAC juga akan memanggil Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin untuk memberi keterangan kepada PAC selepas mendengar Laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB.

Menurut laporan sebelum ini, PAC dijangka menyiapkan laporan lengkap 1MDB pada Mac 2016.


Sementara itu, Hasan ketika dihubungi mengesahkan PAC akan mengadakan pertemuan semula dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy pada 9 pagi Jumaat ini di sini seperti yang dijadualkan.

Pada 1 Dis lepas, Arul Kanda tampil memberi keterangan buat kali pertamanya kepada PAC dan Hasan dilaporkan berkata PAC akan bertemu semula Arul Kanda pada Jumaat ini untuk memberikan penjelasan lebih lanjut berkaitan syarikat tersebut. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]qmvDsNdh5L8[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • 1MDB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori