Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kes Pijak Pelajar: Warden...

MAHKAMAH Majistret Shah Alam, Selangor, pada Jumaat memerintahkan seorang warden asrama membayar kompaun...

Lelaki Lahanat Tergamak Rogol,...

London – Seorang lelaki telah melakukan perbuatan keji dan tidak boleh diterima akal,...

Majlis Peguam Kekal Ketetapan...

KUALA LUMPUR - Majlis Peguam Malaysia (MPM) mengekalkan pendiriannya yang melarang bekas hakim...

“Isteri Saya Sediakan Kain...

PETALING JAYA - "Isteri saya sediakan kain kafan sendiri sebelum meninggal dunia," kata...

‘Datuk Seri’ Dalang Pemerdagangan Manusia – TPM

MIRI – Individu bergelar ‘Datuk Seri’ dikenal pasti sebagai mendalangi sindiket yang mengeksploitasi warga asing, khususnya dari Bangladesh, Indonesia dan Myanmar di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata sumber risikan mendapati individu terbabit berasal dari luar negara, namun berkahwin di Malaysia dan menerima gelaran ‘Datuk Seri’.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri mahu tindakan tegas segera diambil terhadap individu terbabit yang kini menikmati kehidupan mewah hasil dari kegiatan haram, termasuk sindiket pemerdagangan manusia.

“Ada anggota sindiket mampu memiliki kereta mewah jenama Ferrari dan Lamborghini hasil kegiatan membawa masuk rakyat asing ke Malaysia.

“Saya sahkan perkara ini dan mahu individu berkenaan dikenakan tindakan paling tegas,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan aambutan Hari Imigresen 2015, di sini Sabtu.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafa Ibrahim; Menteri Pembangunan Sosial Sarawak mewakili Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri William Mawan Ikom; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Timbalan-timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Masir Kujat

Ahmad Zahid berkata ramai pekerja asing yang datang ke Malaysia ingin bekerja secara sah, tetapi ditipu sindiket menyebabkan kehidupan mereka merana di negara ini.


Tambah beliau, ada ejen dan sindiket yang menipu pendatang asing tana izin (PATI) itu menjadi kaya-raya dan hidup senang-lenang, malahan ada yang dikurniakan pangkat ‘Datuk Seri’.

“Saya mahu Jabatan Imigresen fokus bukan hanya untuk tangkap PATI sahaja, tetapi juga mencari, menyiasat, menangkap serta membawa ke mahkamah ejen dan sindiket yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri bersedia untuk menambah hukuman lebih berat terhadap ejen dan sindiket yang terlibat jika didapati bersalah.

“Akta Imigresen 1959 sudah cukup berat, tetapi jika umum mahu supaya akta ini diperkukuhkan serta ditambah hukuman, kementerian bersedia untuk melakukannya.

“Saya akan berbincang dengan dua timbalan saya dan ketua setiausaha kementerian untuk minta nasihat undang-undang bagi memperkukuhkan akta dan peraturan sedia ada,” katanya. – Sumber: BH Online/Bernama

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=eyYVZYUZZdU]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori