Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mangsa Keracunan Arak 56...

KUALA LUMPUR – Sehingga 8 malam ini, jumlah terkini mangsa kes keracunan arak...

Crackhouse Tiada Lesen Hiburan,...

Kelab Komedi Crackhouse telah beroperasi tanpa lesen hiburan, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan...

Raja Muda Perak Hadir...

KUALA KANGSAR - Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Raja...

Remaja Lelaki Ditahan Sedang...

KEPALA BATAS - Seorang remaja yang sedang mencuri wayar elektrik di sebuah rumah...

Independent Barber, Kedai Gunting Rambut Terbaik Di Cheras

JIKA di Barat, gaya potongan rambut ala Inggeris pompadour buat golongan lelaki sudah menjadi trend sejak di era 50-an lagi.

Dinamakan sempena Madame de Pompadour; iaitu kekasih gelap Raja Louis XV, gaya rambut ikonik ini jugak mendapat jolokan gaya rambut Rock ‘n Roll.

Fleksibel dan sesuai untuk semua jenis tekstur rambut, gaya ini menampilkan sikatan sisi yang pendek lagi rapi.

Di Malaysia, trend potongan rambut popular ini telah mula menular dengan munculnya barber shop khas yang menyediakan servis memotong stail tersebut menjadikan rambut gaya zaman lalu kian menjadi pilihan hangat di kalangan jejaka.

Baru-baru ini Mynewshub sempat mengunjungi sebuah kedai gunting rambut ala Inggeris yang unik dan amat menepati citarasa buat golongan muda yang ingin mengetengahkan keunikan diri.

Terletak di Bandar Sri Permaisuri Cheras, kedai gunting rambut yang dikenali sebagai Independent Barber sememangnya memiliki tarikannya tersendiri kerana mengentengahkan bukan sahaja khidmat potong rambut, malahan bercukur yang cukup popular dikalangan golongan lelaki.

FSH_0765

FSH_0744

FSH_0759

Menurut pengasas yang juga merangkap penggunting rambut di premis berkenaan, Wafi, 30, Independent Barber menawarkan pakej perkhidmatan potongan rambut mengikut umur di mana pelanggan bebas memilik stail pilihan yang digemari.

barber2

Kami menyediakan perkhidmatan potongan rambut Pompadour, Modern Cut, Upper Cut dan banyak lagi pada harga serendah RM10 hingga RM25.


Bagi golongan kanak-kanak kami menawarkan harga serendah RM10, untuk golongan murid sekolah ialah RM15, bagi pelajar pula RM20 dan RM25 untuk ‘gentlemen’,” katanya.

Menariknya, jika pelanggan merupakan golongan Orang kelainan Upaya (OKU), caj separuh harga akan ditawarkan oleh Independent Barber.

Jika pelanggan kami merupakan OKU, kami memberikan perkhidmatan potongan rambut separuh harga’ entire life’ sampai bila-bila,” ujar Wafi atau nama timangannya sebagai JuiceinsideBarber.

Menurut Wafi, Independent Barber asalnya merupakan pengunting rambut di sebuah premis Barber shop yang agak terkenal di Lembah Klang.

Setelah menimba ilmu di sana, beliau dan juga rakan baiknya Zul yang juga merupakan pengasas Independent Barber, nekad menjalankan perkhidmatan gunting rambut secara jalanan di kawasan Bangi demi mencari ilmu lebih dalam lagi dalam industri ini.

Enam bulan kami ‘survive’ di kaki lima, bukan Uptown bukan Downtown, betul-betul kaki lima, kami masuk kawasan jalanan di Bangi Sentral, Danau Kota, Akleh, dan banyak lagi kawasan-kawasan lain demi membina matlamat kami untuk membuka kedai sendiri,” ujar Wafi.

barber5
Wafi & Zul ketika menjalankan perkhidmatan gunting rambut secara ‘street’ di Danau Kota.

Berkat daripada hasil titik peluh dan sokongan padu pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan mereka, kini Independent Barber gah berdiri setanding dengan kebanyakkan nama-nama besar premis barber shop di Malaysia.

Bersesuaian dengan moto mereka ‘Struggle To Hustle‘, pengalaman kedua-dua anak muda ini yang bermula dari bawah mungkin boleh dijadikan contoh kepada golongan-golongan belia yang ingin memulakan perniagaan dalam industri yang giat berkembang aktif ini.

Kepada anda yang ingin kelihatan segak dengan gaya rambut klasik sepanjang zaman ini, boleh mengunjungi kedai gunting rambut Independent Barber yang beralamat di 65 -2 Jalan Dwitasik 1, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, ( Tingkat dua di atas Agro Bank Permaisuri, bersebelahan RHB Islamic Bank) atau ingin lebih mudah kunjungi laman Facebook Independent Barber untuk maklumat lanjut.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ieamyrul Haziq Ehsan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori