Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pecah Rumah: Polis Tumpas...

SERDANG - Polis menumpaskan kumpulan 'Ah Hau' dianggotai enam individu yang dipercayai aktif...

KKM Beri Dos Penggalak,...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pemberian dos penggalak pertama...

Makin Banyak Aset Negara...

Berikut penulisan dipetik pada FB Najib RazakDARI dulu lagi, Khazanah Nasional merupakan pemilik...

Jangan Khuatir Beli Kereta,...

Gosip jangan beli rumah atau kereta secara tunai nanti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) datang sudah lama diperkatakan.Persoalannya mengapa perlu bimbang untuk beli apa sahaja aset secara tunai jika anda membelinya menggunakan wang yang diperoleh secara sah.

Ekspedisi Tawan Kutub Selatan Berjalan Lancar

TERKINI DARI KUTUB SELATAN…. Penjelajah Negara, Shahrom Abdullah, sudah berski sejauh 142 kilometer dalam tempoh sembilan hari ekspedisinya merentas Kutub Selatan.

Menurut Penasihat Misi Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan 2015, Datuk Akmar Hisham Mohd. Yusof, keadaan cuaca yang baik, membantu Shahrom berski secara konsisten setiap hari.

20151219001252

“Saya mendapat laporan daripada Shahrom menerusi talian telefon satelit yang menyatakan keadaan Shahrom amat baik dengan rentak perjalanan berskinya secara konsisten iaitu dengan rutin 50 minit.

“Dia berhenti rehat selama 10 minit dan kemudiannya menyambung lagi berski selama 50 minit”.

Tambah beliau, Shahrom juga melakukan tugasan navigasi arah secara bergilir-gilir bersama dua lagi penjelajah dari Amerika Syarikat dan Jordan yang turut melakukan ekspedisi yang sama.

20151219001250

“Saya juga dapat laporan bahawa sepanjang sembilan hari penjelajahan Shahrom, hanya pada hari kelapan cuaca agak mencabar dengan awan mendung dan salji turun agak banyak.

“Ini menyebabkan berlaku pembentukan longgokan salji setinggi 0.7 meter dan dua meter lebar”.

Keadaan itu jelas Akmar, agak menyukarkan Shahrom untuk berski sambil menarik beban sledge di belakangnya.

Mengikut catatan harian, Shahrom melakukan penjelajahan sejauh lapan kilometer pada hari pertama dalam tempoh tiga jam.

Pada hari kedua dan ketiga, Shahrom berski selama enam jam dengan jarak 15 kilometer.

Hari keempat dan kelima pula, Shahrom mencatat jarak sejauh 20 kilometer dalam tempoh tujuh jam berski.


Sementara pada hari keenam, Shahrom mencatat jarak sejauh 22 kilometer. Hari ketujuh pula sejauh 24 kilometer.

Manakala jarak paling jauh berjaya dilakukan pada hari kelapan iaitu sejauh 28 kilometer.

Hari kesembilan pula, Shahrom mencatat perjalanan sejauh 25 kilometer dalam keadaan jarak penglihatan 20 meter sahaja awal perjalanannya akibat cuaca mendung.

Bagaimanapun, akhir perjalanannya pada hari tersebut, cuaca bertambah baik dengan sinaran matahari yang agak terik.

Shahrom, 36 tahun; merupakan atlet sukan lasak negara bagi acara duathlon dan triathlon, dalam misinya merentas Kutub Selatan sejauh hampir seribu kilometer.

Ia bermula dari Messner Inlet ke titik sifar darjah Kutub Selatan yang dikelolakan oleh Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B).

Shahrom dijangka menamatkan misinya itu dalam tempoh 60 hari.

Jika berjaya menamatkan penjelajahannya, Shahrom bakal mencipta satu lagi rekod baharu anak Malaysia di persada antarabangsa sebagai rakyat Malaysia pertama merentas benua Antartika dengan ski sejauh 1,000 kilometer.

Misi Dinamakan Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan 2015 itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada awal bulan Julai lalu.

Dalam misi ekspedisi itu, Shahrom turut membawa bekas air istimewa I-MIZU, tajaan daripada sebuah syarikat Bumiputera, yang akan membolehkan Shahrom menggunakannya untuk menukar air daripada salji yang dicairkan.

Ia sesuai untuk diminum sebagai air hidrogen beralkali khusus untuk memberi tenaga tambahan dan segala bahan mineral yang diperlukan oleh Shahrom sepanjang penjelajahannya itu. – MYNEWSHUBCC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Y9SzBEAoqa0]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori