Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

MH128 Dijangka Pulang Ke...

KUALA LUMPUR - Pesawat Malaysia Airlines Berhad penerbangan MH128 dijangka akan pulang ke...

Sesi Bincang Niaga Iklan...

#KomboJumboXtraVaganza Setelah 10 hari melalui frasa promosi, mulai Isnin 23 Mei, 200 usahawan Industri...

Penunggang Motosikal Maut Dalam...

BALING - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta dipandu...

Lawatan Raja Salman Lenyapkan...

KUALA LUMPUR - Lawatan negara Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al...

Rayani Air Kini Sedia Untuk Terbang – DCA

PUTRAJAYA – Syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia, Rayani Air, menerima lesen perkhidmatan udara dan sijil pengendali udara dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Ketua Pengarah DCA, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, menyampaikan pengesahan tersebut kepada Pengarah Urusan syarikat itu, Jaafar Zamhari, di Kementerian Pengangkutan di sini pada Jumaat.

Jaafar berkata Rayani Air yang akan melancarkan penerbangan sulungnya pada Ahad, dari Langkawi, Kedah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), menawarkan kelas ekonomi dan perniagaan.

“Bersandarkan lapan juruterbang dan 50 krew penerbangan, syarikat kini menerima tempatan untuk laluan kedua, Langkawi-Kota Bharu,” katanya kepada pemberita.

Jaafar berkata bagi fasa pertama, syarikat penerbangan itu akan menggunakan dua pesawat lama Boeing 737-400 bagi laluan Kota Bharu, Kuching, Langkawi dan Kota Kinabalu.

“Fasa berikutnya kemudian akan menggunakan pesawat baharu, Boeing 737-800 serta menawarkan lebih banyak laluan domestik, serantau dan antarabangsa,” katanya.

Baca: Rayani Air Dipuji Netizen Amal Prinsip Patuh Syariah

Juga: Rayani Air Pilih Langkawi Sebagai Hab Penerbangan

Lagi: Pramugari Cantik Saudi Airlines Asal Malaysia Jadi Sensasi

Jaafar berkata Rayani Air, pada asalnya mahu menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam sebagai hab penerbangannya.

Namun kemudian memilih Langkawi bagi tujuan itu dalam usahanya untuk menarik lebih ramai pelancong ke pulau peranginan popular tersebut.


“Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka kebetulan kekurangan kapasiti untuk kami menempatkan pesawat Boeing 737-400 milik kami,” katanya.

Beliau menambah, maklum balas pasaran terhadap Rayani Air adalah rendah memandangkan orang ramai telah menempah tiket mereka dengan syarikat penerbangan lain.

Tanpa memperincikan pelaburan atau pelan pengembangan syarikat itu, Jaafar berkata Rayani Air bakal menggunakan Boeing 777 untuk memenuhi keperluan mereka yang mahu mengerjakan ibadah haji dan umrah.

Sementara itu, Azharuddin mengingatkan Rayani Air supaya mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan di bawah lesen perkhidmatan udara dan sijil perkhidmatan udara serta sentiasa meletakkan keutamaan keselamatan penumpang dan pesawat.

“DCA juga akan terus melaksanakan pemeriksaan, audit dan pemantauan Rayani Air serta syarikat penerbangan lain,” katanya.

Selain Rayani Air, Malaysia Airlines, Air Asia, Firefly dan Malindo Air turut mempunyai operasi penerbangan berkala ke Langkawi. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]LxU-x_WAp6A[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori