Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Semak Status Kad Touch...

Petaling Jaya : PLUS Malaysia Bhd (PLUS) menasihatkan semua pelanggan lebuh rayanya untuk...

KL2017: 5 Perenang Malaysia...

KUALA LUMPUR - Lima perenang negara mara ke pusingan akhir acara renang Sukan...

Cuaca Panas Diramal Berakhir...

PUTRAJAYA - Cuaca panas dan kering yang kini dialami kebanyakan kawasan di dalam...

Berpantang Ajal Buat Wartawan...

PATTANI (Selatan Thailand) - "Saya tidak sedar apabila bom meletup dan bila sedar...

2 Anggota PBS Sesak Nafas Semasa Padam Kebakaran Kilang

BUKIT MERTAJAM – Dua anggota Pasukan Bomba dan Sukarela (PBS) Juru mengalami sesak nafas ketika operasi memadam kebakaran sebuah kilang kitar semula di Juru Height, di sini tengah malam tadi.

Timbalan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Perai, A’azelan Hassan berkata dua lelaki berusia 30-an itu sesak nafas berikutan asap tebal dalam kebakaran pada pukul 12.25 tengah malam itu.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasaan pada pukul 12.27 tengah malam dan jentera pertama tiba di kilang berkenaan kira-kira 18 minit kemudian.

“Semasa tiba, api sedang marak dan kebakaran itu merebak dengan pantas ekoran barang yang terdapat di kilang berkenaan jenis mudah terbakar iaitu plastik dan kertas untuk dikitar semula,” katanya di sini hari ini.

A’azelan berkata kebakaran itu memusnahkan 90 peratus daripada keseluruhan kawasan kilang yang berkeluasan kira-kira 20,000 kaki persegi.


Katanya, bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan berhampiran pada pukul 12.54 tengah malam dan keseluruhan api tu berjaya dipadamkan dalam tempoh lima jam.

“Kami juga terpaksa menggunakan busa untuk memadamkan api kerana ia melibatkan bahan kitar semula,” katanya.

Katanya, sebanyak 100 pegawai dan anggota bomba dari enam Balai Bomba dan Penyelamat serta lebih 10 anggota PBS terlibat dalam operasi memadam kebakaran.

Punca dan jumlah kerugian masih disiasat, katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]XsGRdN266Ns[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori