Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kompaun Lebih Tinggi Pesalah...

KUALA LUMPUR - Kompaun lebih tinggi kepada pesalah berulang atau sudah diberi amaran...

Lagi Kes Culik Kru...

LAHAD DATU - Polis tidak menolak kemungkinan lima kru yang hilang selepas sebuah...

Hubungan Malaysia-Singapura Sentiasa Berkembang

SINGAPURA - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura yang baharu Datuk Zulkifli Adnan berharap...

Penunggang Motosikal Maut Dalam...

BALING - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta dipandu...

2 Lelaki Ditahan Susulan Kes Tikam Di Setapak

KUALA LUMPUR – Dua lelaki tempatan ditahan polis semalam bagi membantu siasatan kes seorang petugas stesen televisyen swasta ditikam di Setapak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata kedua-dua lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di sebuah premis di kawasan berkenaan pada kira-kira 2 petang.

Insiden tikam itu dilaporkan berlaku di sebuah pangsapuri di Jalan Usahawan, Setapak, Jumaat lepas.

“Kedua-dua lelaki itu tidak bekerja dan mereka direman hari ini sehingga Rabu depan. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, Ahmad Hawari Zakaria, 32, dilaporkan ditikam di perut dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • tikam

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori