Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KKR Sedia Tawar Bantuan...

PETALING JAYA – Kementerian Kerja Raya (KKR) bersedia menghulurkan segala bentuk bantuan berkaitan...

KJ Saran FAM Segera...

KUALA LUMPUR - "Sudah tiba masa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menswastakan Liga...

Belasungkawa Datuk Dr. Haron...

PEMERGIAN Mursidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din pada pagi Jumaat...

Warna Pink Latari Majlis...

SEPERTI yang kita tahu, pasukan bola sepak Kelantan kini dikenali dengan nama Pamoga...

VIDEO: Nabila Huda Sah Bergelar Isteri Pengurus Restoran

DENGAN sekali lafaz, pelakon Nabila Huda kembali sah bergelar isteri kepada pengurus restoran, Mohd. Izwan Johar pada Jumaat.

Pasangan bak merpati dua sejoli ini diijab kabulkan di Masjid Sultan Salehuddin Aziz Shah, Shah Alam, Selangor kira-kira pukul 9.20 pagi

Pasangan ini dinikahkan di oleh bapa pengantin perempuan, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy Search, 57, dan disaksikan jurunikah masjid, Khairuddin Haiyon.

Nabila menerima lima dulang hantaran, mas kahwin berjumlah RM300 berbalas tujuh dulang hantaran kepada pengantin lelaki. Manakala, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pada majlis itu, anak vokalis kumpulan Search ini meluahkan rasa syukurnya terhadap majlis yang berjalan lancar.

[Live Update] Nabila Huda dan suami, Mohd Izwan Johar bersama seisi keluarga. #ehmalaysia #eh

A photo posted by EH! (@ehmalaysia) on Dec 24, 2015 at 5:53pm PST

“Alhamdulillah segalanya berjalan lancar seperti dirancangkan dan seperti mana pasangan lain saya berharap ini adalah perkahwinan terakhir dan kekal sehingga akhir hayat,” katanya.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada malam Sabtu di kediaman pihak lelaki di Shah Alam.


Terdahulu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Zaidi Zailani, 34; namun mereka bercerai pada 2011 selepas tiga tahun bersama.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak perempuan iaitu Keisha Laila yang kini berusia lima tahun. – MYNEWSHUB.CC

 

Sumber: mStar Online

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=J0XzbOrbLzE]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori