Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

AEON Buka Cawangan Baharu...

TAIPING - AEON Co (M) Bhd, peruncit utama negara, membuka cawangan baharunya berkonsepkan...

Video: Pekerja 7E Dibelasah...

GARA-GARA isu kad tambah nilai, seorang pekerja kedai serbaneka 24 jam dibelasah teruk...

BACA: Kisah Seorang ‘Apek’...

APEK tua ni hanyalah antara ribuan pengguna MRT setiap pagi di Singapura.Tak ramai...

Luahan Hati Seorang Wanita...

WALAUPUN baharu seminggu meninggal dunia, kasih seorang wanita terhadap bekas arwah teman lelaki...

Isteri Ezany Nizariff Tampil Dedah Perkara Sebenar, Dia Difitnah

EZANY  Nizariff sebelum ini tampil menceritakan segala kenangan pahit perjuangannya menyelamatkan rumah tangga selepas mendakwa isterinya curang lalu lari mengikut lelaki lain dan meninggalkannya serta anak-anak.

Bagaimanapun kini, isterinya Lizda Nuryanti Abidin tampil mendedahkan cerita di pihaknya, apa sebenar berlaku antara dirinya dan Ezany.

Melalui laporan mStar Online, Lizda mengatakan semuanya sudah bermula pada malam pertama selepas majlis persandingan apabila dia terbaca mesej yang kurang sopan untuk didedahkan kepada umum, namun dia tidak menghiraukan mesej itu.

Kenangan sewaktu Ezany masih bersama LIzda dan dua anak mereka.
Kenangan sewaktu Ezany masih bersama Lizda dan dua anak mereka.

“Masa nak kahwin dia tak ada duit. Tapi dia gunakan dulu duit saya RM30,000. Dia hanya bayar mas kahwin. Dia kata nak bayar balik tapi sampai sekarang tak bayar. Anak-anak pun tidak dipedulikannya. Semua hal anak-anak saya yang uruskan. Yang lain, semua duit saya. Fikirkanlah sendiri,” jelas isterinya itu.

Melalui perniagaan belacan, Lizda mendakwa Ezany sudah mula menunjukkan sikap tidak jujur apabila tidak menunaikan janji sebagaimana yang dipersetujui sebelum memulakan perniagaan.

“Bisnes tu saya yang uruskan dari A sampai Z sampailah uli belacan, beli udang di Kuala Selangor pun saya buat. Kita ingat nak hidup sempurna membantu suami tapi suami hanya jual muka saja. Sebelum buka syarikat, dia setuju untuk kongsi keuntungan 50-50 dengan saya.

“Tapi bila dah buka syarikat, dia hanya bagi saya 7 peratus saja keuntungan manakala 93 peratus lagi milik dia. Masa tu kami dah mula bertengkar sebab dia dah mula tak jujur tetapi saya masih bertahan. Gaji saya yang dijanjikannya RM3,000 sebulan, satu sen pun tak dapat,” dedah Lizda lagi.


Lizda turut mengakui dirinya hanya bahagia pada tahun pertama perkahwinan. Dia juga beranggapan kemungkinan Ezany membuat laporan polis bagi memudahkan Ezany mendakwa dirinya curang.

Tambah Lizda, cerita mengenai dirinya curang dan lari mengikut lelaki lain adalah rekaan semata-mata.

“Saya minta satu saja. Kalau sudah tidak sukakan saya lagi, ceraikanlah saya dengan baik dan hentikanlah menjaja cerita buruk isteri sendiri.

“Selama ini saya berdiam kerana saya tak tahu saluran mana untuk mempertahankan diri tetapi hari ini saya dah ada kekuatan untuk berdepan situasi ini. Saya harap dan doakan mereka bahagia (Ezany dan isteri baru) tetapi lepaskanlah saya dengan baik, kata Lizda menutup bicara. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=0XcRLPqqSWc]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori