Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Cuaca Berjerebu Tidak Akan...

PETALING JAYA - Cuaca berjerebu dijangka berlaku hanya sementara waktu, menurut Jabatan Meteorologi.Pegawai...

Bedah Siasat Kim Jong-nam...

KUALA LUMPUR: Autopsi mayat Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Selatan, Kim Jong-un,...

RON97, RON95 Naik 3...

KUALA LUMPUR - Harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik tiga sen manakala...

Raja Bahrin Tak Gentar...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin...

Marsha Akui Sudah Peluk Islam, Bakal Bernikah Lusa

BAGI menjawab teka-teki ramai mengenai status agamanya, pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh akhirnya mengesahkan dia telah memeluk agama Islam dan bakal diijabkabulkan dengan teman lelakinya, pada Khamis.

BACA: Ya, Saya Akan Kahwin 8 Januari Depan – Marsha Milan

Bagaimanapun, bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia (AF) ini memilih untuk merahsiakan lokasi dan tarikh dia memeluk Islam.

“Saya sudah memeluk Islam. Segala-galanya berjalan dengan lancar seperti dirancang.

“Apa yang saya harapkan penghijrahan saya ini tidak disensasikan. Ini kerana ia terlalu peribadi buat saya.

“Saya memohon jangan dihebohkan perkara ini kerana semuanya sudah selesai demi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya kepada BH Online.

25

Difahamkan, majlis pernikahannya diadakan secara tertutup di Pulau Pinang.


Marsha dan bakal suami dilaporkan sudah berkenalan 10 tahun lalu sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan di kampung halaman Marsha di Sabah pada 14 Disember lalu.

Jejaka pilihannya, Mohamed Shaiful Nizam merupakan seorang ahli peniagaan dan anak kepada pasangan VIP.

Berita mengenai perkahwinan Marsha terbongkar apabila gambar kad undangan majlis resepsi yang tertera namanya bersama Mohamed Shaiful Nizam tersebar di Forum Cari.

Menerusi kad tersebut, majlis resepsi perkahwinan Marsha tercatat pada tanggal 8 Januari (Jumaat) di Hotel Majestic Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=JVQvHGt4o5g]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori